PUTRAJAYA: Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menangani masalah penderaan dan sosial melibatkan kanak-kanak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pelantikan pesuruhjaya itu merupakan satu cabang khas yang mempunyai autonomi di bawah Suhakam.
"Kita telah putuskan, maknanya kena wujud segera. Nama (pesuruhjaya) diumumkan tetapi saya minta supaya menteri berkenaan ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berikan secara cerakin," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini.
Sebelum ini, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) memaklumkan kerajaan komited dalam penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai suatu badan bebas yang dapat memantau dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia.
Namun, penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pandangan pelbagai pihak berkepentingan dan juga penggubalan suatu akta.
Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suhakam, demikian menurut kenyataan Pejabat Menteri itu.
Sementara itu, Anwar berkata beliau telah meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mempengerusikan jawatankuasa sosial bagi meneliti masalah berkaitan kanak-kanak serta isu di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata beliau telah mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terlibat dalam institusi badan antarabangsa iaitu The Global Operational Network of Anti-Corruption Law Enforcement Authorities (GlobE Network) dalam usaha memperkasakan badan penguat kuasa itu.
"Kita ingin angkat peranan SPRM ini, jadi kita anjurkan mereka terlibat dalam GloBE Network supaya pendedahan itu mendapat memperkuat urusan mereka," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
![Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674033955_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694850902_DrFarahNini.jpg)
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
![Pihak berkepentingan diseru ganding bahu, sediakan jaringan keselamatan sosial kesan kanak-kanak terabai Pihak berkepentingan diseru ganding bahu, sediakan jaringan keselamatan sosial kesan kanak-kanak terabai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678412899_DrFarahNiniDusuki.jpg)
Pihak berkepentingan diseru ganding bahu, sediakan jaringan keselamatan sosial kesan kanak-kanak terabai
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini Dusuki berkata, ia hanya akan dapat dicapai apabila semua pihak berkepentingan bekerjasama ke arah merealisasikan hak kanak-kanak.
![Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678412899_DrFarahNiniDusuki.jpg)
Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.
![Suruhanjaya Kanak-Kanak badan berkanun bebas lindungi kanak-kanak Suruhanjaya Kanak-Kanak badan berkanun bebas lindungi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674102856_AzalinaOthman.jpg)
Suruhanjaya Kanak-Kanak badan berkanun bebas lindungi kanak-kanak
Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bakal ditubuhkan akan berfungsi sebagai sebuah badan berkanun yang bebas untuk melindungi dan memelihara kanak-kanak.
![Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059760_NoorAziah.jpg)
Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin
Fungsi jawatan Pesuruhjaya Kanak-Kanak ialah memastikan sebarang pencabulan hak kanak-kanak diambil tindakan segera.
![Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674033955_AnwarIbrahim.jpg)
Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar
Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suhakam berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menangani masalah penderaan dan sosial melibatkan kanak-kanak, kata Perdana Menteri.
![Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan - NGO Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan - NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633783825_AzalinaOthman.jpg)
Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan - NGO
Parlimen perlu meluluskan undang-undang bagi mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas dengan dana mencukupi untuk melaksanakan tugas serta peranan suruhanjaya itu.
!['Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam 'Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619193830_suhakam.jpg)
'Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam
Noor Aziah juga berkata, perlakuan itu membuktikan wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.
![Kes penderaan mental dan seksual terhadap kanak-kanak meningkat ketika PKP Kes penderaan mental dan seksual terhadap kanak-kanak meningkat ketika PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-08/81501568360_childabuse.jpg)
Kes penderaan mental dan seksual terhadap kanak-kanak meningkat ketika PKP
Indeks kes penderaan mental dan seksual membabitkan kanak-kanak didapati meningkat ketika negara sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).