KUALA LUMPUR: Seramai 6,000 pengunjung termasuk pelancong asing dijangka memeriahkan Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka), yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini.
Bertempat di Taman Tasik Melinium, Kuala Kubu Bahru, program anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) itu menyediakan pelbagai aktiviti termasuk paragliding fun fly, tandem paragliding, aero modeling, persembahan dron dan paramotor microlight.
Pengarah Projek, Nazri Sulaiman berkata, festival itu antara lain bertujuan untuk mempromosikan produk dan program pelancongan tempatan terutamanya di Selangor.
"Kita juga akan memperkenalkan aktiviti-aktiviti paragliding sebagai salah satu daripada produk sukan udara sebagai sukan lasak.
"Pada masa sama, festival ini dipromosikan sebagai pelancongan dalam kalangan pelbagai peringkat generasi sebagai acara sukan tahunan dalam kalendar pelancongan Selangor," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Selain itu Nazri memberitahu, program itu juga bertujuan untuk menjadikan Kuala Kubu Bahru sebagai hab sukan udara yang mampu menerima juruterbang paragliding dari dalam dan luar negara.
Katanya, Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) menampilkan CloudBass sebagai rakan teknikal dan pengurusan koordinator yang mendapat sokongan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Persatuan Seniman Malaysia sebagai rakan strategik.
Mengulas lanjut, Nazri memberitahu, penganjuran festival itu bakal memberi impak menerusi peningkatan jumlah kemasukan dan kehadiran para pelancong tempatan dan luar negara ke Kuala Kubu Bahru.
Jelas beliau, ia juga mampu merancakkan sosioekonomi buat para pengusaha penginapan serta perusahaan kecil dan sederhana termasuk peniaga makanan sepanjang festival berlangsung.
“Pada masa sama, festival ini turut menjadi platform sebagai pendedahan dan pengetahuan am untuk orang awam tentang sukan udara yang terdapat di Hulu Selangor sebagai gaya hidup masyarakat.
Beliau berkata, untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari Facebook dan Instagram KKB Paragliding Park.
Astro Awani
Fri Nov 17 2023
Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu bertujuan mempromosikan produk dan program pelancongan tempatan terutamanya di Selangor. - Foto/ MPHS
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia akan anjur pertandingan TVET - Hannah
KBS telah mengusulkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia telah dipersetujui.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.