KUALA LUMPUR: Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 yang dijadualkan selama dua hari di Dataran Merdeka di sini dilanjutkan sehari lagi sehingga Sabtu ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia susulan sambutan hangat yang diterima daripada warga kota dengan kira-kira 20,000 pengunjung hadir pada program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan pada hari pertama semalam.
"Sebenarnya kita mahu lanjut sehingga Isnin, tetapi perlu beri laluan kepada program KL Car Free Morning pada Ahad," katanya kepada pemberita pada program berkenaan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Turut hadir pada program itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Shahidan berkata selain menjadi platform memperkenalkan produk perniagaan peniaga kecil, program itu juga diharap menjadi daya tarikan pelancong, seterusnya memangkin kembali ekonomi negara yang terjejas sejak pandemik COVID-19.
Sementara itu peniaga bertih jagung Ab Aziz Muhamad, 41, berkata pesta berkenaan menjadi plaform peniaga kecil sepertinya untuk bangkit semula memajukan perniagaan yang sebelum ini terjejas akibat penularan COVID-19.
"Ia macam kemunculan semula setelah lama kita kita tidak boleh rasa kemeriahan berniaga seperti ini selepas menghadapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), " katanya yang banyak menjalankan aktiviti berniaga secara dalam talian.
Peniaga kacang dan makanan ringan BY Tan, 45, pula berkata penyertaan dalam pesta itu memberikan satu pengalaman baharu buatnya yang selama ini hanya berniaga di pasar malam sejak 10 tahun lepas.
Pengunjung Nurul Hafizah Dahlan, 27, menyifatkan penganjuran pesta itu sebagai peluang yang baik untuk berkongsi rezeki bersama peniaga kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 menjadi platform memperkenalkan produk perniagaan peniaga kecil dan diharap menjadi daya tarikan pelancong. - Foto Mama Elly Kitchen

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 dilanjut hingga Sabtu
Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 yang dijadualkan selama dua hari di Dataran Merdeka di sini dilanjutkan sehari lagi sehingga Sabtu ini.