Polis telah menahan sekumpulan daripada 200 peserta black 505 setelah mereka bertindak ganas cuba merempuh kawalan polis yang mengawal pekarangan bangunan Parlimen di sini ketika berlangsungnya majlis istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat hari ini.
Difahamkan lebih kurang 12 peserta ditahan polis dalam insiden yang tercetus kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan aktivis mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.
Susulan cubaan itu, pihak polis telah menahan kumpulan terbabit manakala peserta perhimpunan lain mula menghamburkan kata-kata kesat kepada polis termasuk mendesak polis membebaskan mereka.
Kejadian tersebut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.
Insiden ganas itu berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim menyerah diri kepada polis.
Para peserta mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok semula pada 12.05 tengah hari setelah Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengarahkan mereka berbuat demikian.
Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa badan bukan kerajaan itu bermula sejak Sabtu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.
Biarpun pembangkang mendakwa perhimpunan itu adalah aman, namun ia dicemari insiden ganas apabila polis mendapati tindakan provokasi dan kata-kata kesat sekumpulan peserta perhimpunan itu menjadi punca insiden dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari di Padang Merbok Sabtu lalu.
Malah mereka juga berdegil dengan membina 60 khemah di padang tersebut biarpun DBKL menyatakan tindakan mereka menyalahi Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit dan kesalahan mendirikan khemah di tempat awam mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Pada 8.45 pagi ini dalam keadaan berjerebu, peserta terbabit mula berhimpun di tepi Jalan Parlimen, kira-kira 500 meter dari pintu masuk bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.
Para peserta dilihat membawa kain rentang yang antaranya tertulis "Dakwat kekal selamanya; kuasa rakyat lawan korupsi; I'm a man on a mission, so please resign; dan tipu pilihan raya. Rakyat bangkit humban kamu;. "tiga tuntutan pdgMerbok622: 1. Mendesak Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima ahli panel SPR meletak jawatan 2.Menuntut kawasan yang berlaku pertikaian agar diadakan pilihan raya semula 3. menuntut agar dihentikan proses persempadanan semula sehingga ahli SPR baru dilantik."
Peserta itu juga melaungkan kata-kata yang antaranya termasuk "SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bangsat; reformasi dan hidup rakyat, SPR syaitan dan SPR penipu."
Malah beberapa pemimpin pembangkang sebelum masuk ke pekarangan bangunan Parlimen untuk upacara angkat sumpah jawatan anggota Parlimen turut bertemu dengan peserta, antaranya Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Bagaimanapun pihak polis mengawal rapi laluan masuk ke bangunan Parlimen dan Zainuddin berkata seramai 150 anggota polis, polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik ditempatkan di kawasan itu bagi menjamin lalu lintas dan ketenteraman awam dalam keadaan terkawal.
Pada 10 pagi sebahagian daripada peserta perhimpunan itu berbaring di tepi jalan dan seorang ahli Persatuan Anak Kelantan di Selangor dan Wilayah (Persada) Mohd Adnan Abdullah, 26, berkata kepada Bernama beliau bersama peserta lain akan terus mengadakan perhimpunan sehingga pemimpin tertinggi SPR meletak jawatan.
"Kami akan cuba bertahan," katanya.
Bernama
Mon Jun 24 2013


Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kes 'Black 505': Nik Nazmi didakwa
Nik Nazmi Nik Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan menganjurkan perhimpunan 'Black 505' tanpa kebenaran, tiga tahun lepas.

Permohonan penganjur Black 505 ditolak DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjur Black 505 untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

Himpunan Black 505 ditunda ke 22 Jun
Himpunan Black 505 Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah dijadualkan untuk diadakan pada 15 Jun ini di Padang Merbok, telah ditunda ke 22 Jun.

Tengku Adnan: Padang Merbok bukan lokasi sesuai perhimpunan 'Black 505'
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan Perhimpunan 'Black 505' anjuran pakatan pembangkang tidak boleh dibuat di kawasan terbuka seperti di Padang Merbok.