Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjur Black 505 untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.
“Mesyuarat hari ini di antara pihak polis dan DBKL memutuskan bahawa polis tiada halangan dan semuanya tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan DBKL.
“Selepas perbincangan kita telah membuat pertimbangan untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan.
“Kami tidak menolak mereka mengadakan program ini bagi mana-mana tempat yang lebih tertutup.
“Mereka bolehlah mencadangkan lokasi tersebut untuk dipertimbangkan,” jelas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dalam satu sidang media di Menara DBKL.
Datuk Bandar turut mengambil pendekatan untuk berunding dengan pihak penganjur bagi mendapat persepakatan.
“Perbincangan akan diadakan dengan pihak Pakatan Rakyat (PR) pada 14 Jun ini, jam 8 pagi di pejabat Datuk Bandar untuk menjelaskan dan mencari persefahaman antara pihak DBKL, PR dan polis.
Ahmad Phesal memberitahu penolakan lokasi berkenaan adalah disebabkan beberapa faktor.
“Kami telah menerima tempahan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam untuk Larian Kitar Semula 2013 pada 15 Jun.
“Padang Merbok turut ditempah dari awal oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menganjurkan acara Larian Hari Olimpik pada 23 Jun.
“Walaubagaimanapun, MOM perlu menjalankan kerja-kerja logistik sehari sebelum acara berkenaan,” jelas Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Datuk Bandar turut melahirkan kebimbangan program berkenaan akan mengundang kesesakan lalulintas.
“Padang Merbok berhampiran jalan utama seperti Jalan Kuching, Jalan Hishamudin, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja.
“Jalan Parlimen telah diperindahkan dengan landskap yang cantik. Hari hujung minggu turut popular dengan program tunggangan basikal,” jelas Ahmad Phesal.
Datuk Bandar memberitahu tidak menghadapi masalah untuk mempertimbangkan Stadium Merdeka dan Stadium Titiwangsa namun permohonan berkenaan haruslah bersesuaian dengan kapasiti peserta yang hadir.
Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli melalui kenyataan medianya hari ini menggesa DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan tidak melengah-lengahkan permohonan mereka.
Beliau turut menegaskan pihak berkenaan perlulah menghormati hasrat rakyat Wilayah Persekutuan yang mahu berhimpun secara aman di Padang Merbok yang merupakan padang milik rakyat.
Rafizi memberitahu notis kepada IPD Dang Wangi akan dibuat esok dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh PDRM.
Beliau berkata ketetapan berkenaan muktamad dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa alasan yang diberikan oleh DBKL.
Hasbullah Awang Chik
Mon Jun 10 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

'Wasiat' terakhir Datuk Bandar Kuala Lumpur
"Dunia berbasikal tidak akan sama sekali saya tinggalkan. Saya akan berkayuh di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain menganggotai beberapa kumpulan berbasikal pada waktu malam," kata Ahmad Phesal.