"Dunia berbasikal tidak akan sama sekali saya tinggalkan. Saya akan berkayuh di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain menganggotai beberapa kumpulan berbasikal pada waktu malam."
Itu kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib yang menamatkan perkhidmatannya hari ini dan jawatannya diambil alih Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, 59.
Namun, inspirasinya dalam mempromosi riadah basikal sebagai bentuk rekreasi membawa wajah baru Kuala Lumpur akan diingat sehingga bila-bila.
Imej Kuala Lumpur seakan melonjak sejak Ahmad Phesal menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 18 Julai 2012 sekali gus membuka dunia berbasikal di tengah kota yang memberi promosi kepada negara dan menarik lebih ramai pelancong.
BACA: KP DBKL Mhd Amin Nordin dilantik Datuk Bandar KL yang baharu
Impiannya, mahu melihat Kuala Lumpur dengan satu pelan induk berbasikal Kuala Lumpur dengan meliputi kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada warganya.
Budaya berbasikal semakin diterima warga kota sejak diperkenalkan Ahmad Phesal - Gambar fail
Ketika ditemui, Ahmad Phesal berkata, hasrat melihat Kuala Lumpur sebaris dengan bandar-bandar besar seluruh dunia yang mengagungkan penggunaan basikal di dalam pusat bandar diharap dapat direalisasikan penggantinya.
"Buat semua yang difikirkan baik untuk warga Kuala Lumpur, kurangkan pencemaran dan utamakan kualiti kehidupan semua.
"Saya benar-benar mahu melihat Kuala Lumpur ini seperti bandar besar dunia yang mementingkan basikal sebagai mod pengangkutan dan mempunyai trek basikal sempurna di dalam bandar.
"Penduduk Kuala Lumpur juga sudah sedar keperluan mempunyai suasana bandar yang lebih baik. Paling penting bagaimana kita manfaatkan ruang bandar yang lebih baik untuk semua pihak," jelasnya.
Ahmad Phesal juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang sedar kepentingan berbasikal sebagai alternatif pengangkutan.
"Mereka tahu kombinasi aktiviti berkayuh dan berekreasi. Kita sebagai pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan merealisasikan kepentingan berbasikal itu.
"Ia trend dunia dan kerana gerakan hebat, maka ia merebak ke negara kita," ujarnya.
Ahmad Phesal berharap lebih banyak trek berbasikal dibuka di sekitar ibu kota - Gambar fail
Katanya lagi, pembukaan laluan basikal sejauh 5.5 kilometer yang menghubungkan pusat beli-belah Mid Valley, Bangsar sehingga ke Dataran Merdeka dan dibuka kepada orang ramai April lepas akan digazetkan untuk kegunaan basikal sahaja bagi mengelaknya daripada digunakan oleh penunggang motosikal.
Selain itu jelasnya, cadangan trek basikal juga akan dimasukkan sekali di dalam Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) yang bertujuan mengubah wajah Sungai Gombak dan Sungai Klang.
BACA: Laluan khas basikal pertama di ibu kota kini dibuka
"Kita surah merangka dan menyiapkan dua kilometer laluan basikal dan sekarang sedang menyiapkan beberapa projek berkaitan. Kita juga sedang menilai untuk meneliti mengadakan trek basikal di sekitar RoL.
"Perbincangan sudah diadakan dengan Jabatan Bandar untuk mengubah suai trek berbasikal, pengalaman saya di Melbourne dan Brisbane yang menjadikan laluan pejalan kaki untuk kemudahan berbasikal.
"Kita juga akan menyediakan pelan induk bagi laluan basikal dan pejalan kaki secara terancang untuk keperluan dalam pembangunan di ibu kota," katanya.
GALERI FOTO: Jom naik basikal!
Tegasnya, harapannya itu merupakan satu keperluan jelas dan suasana bandar yang lebih baik akan tercapai tanpa sebarang keraguan.
TONTON: DBKL cadang kurangkan tempat letak kereta
Dalam pada itu Ahmad Phesal berkata, promosi kepada pengutamaan penggunaan pengangkutan awam juga satu keperluan yang perlu diutamakan kepada warga kota.
TONTON: DBKL cadang wujud Pelan Induk Berbasikal Kuala Lumpur
"Kita mahu perbincangan diadakan dengan pengendali kenderaan perkhidmatan awam di Kuala Lumpur dan merancang memperluas penggunaan basikal serta bagaimana mengisi ruang yang ada di dalam kenderaan awam untuk diletakkan basikal.
"Saya lihat di Vancouver misalnya, bas mereka menyediakan tempat khas untuk basikal lipat. Contoh itu harus dibawa ke Kuala Lumpur sekali gus menggiatkan promosi pelancongan negara.
"Jadikan basikal sebagai barangan pelancongan, ia sekali gus meningkatkan kunjungan pelancong ke negara kita, seperti kini, beberapa pelancong Indonesia sudah mempraktikkan membawa basikal ini," katanya.
Katanya lagi, warga Kuala Lumpur juga sudah semakin sedar akan kepentingan mencintai bandaraya dengan penurunan jumlah vendalisme.
"Mereka sudah sedar keutamaan kepada alam sekitar. Saya teruja warga Kuala Lumpur kini sudah menyedari pentingnya alam sekitar dan mula menanam pokok serta mula berbasikal. Ia antara perkara yang harus diteruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," ujarnya.
Mengakhiri perbualan, Ahmad Phesal berkata, dia mahu berehat dan bersama keluarga sebelum meneruskan minat berbasikalnya sebagai senaman dan rekreasi.
"Saya ingin berehat sementara dan melapangkan fikiran, mengambil masa bersama keluarga selepas 35 tahun di dalam perkhidmatan awam, selepas itu mula semula berbasikal di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Jul 16 2015
'Wasiat' terakhir Datuk Bandar Kuala Lumpur - Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
'Wasiat' terakhir Datuk Bandar Kuala Lumpur
"Dunia berbasikal tidak akan sama sekali saya tinggalkan. Saya akan berkayuh di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain menganggotai beberapa kumpulan berbasikal pada waktu malam," kata Ahmad Phesal.