Himpunan Black 505 Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah dijadualkan untuk diadakan pada 15 Jun ini di Padang Merbok, telah ditunda ke 22 Jun.
Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira rayuan pihak-pihak tertentu yang telah mempunyai perancangan program di lokasi tersebut pada 15 Jun.
“Setelah berbincang dengan IPD Dang Wangi, penganjur membuat keputusan untuk menukar tarikh perhimpunan Black 505 di Padang Merbok ke minggu yang seterusnya iaitu pada 22 Jun, 2013 bermula jam 12 tengahari,” kata Rafizi dalam satu kenyataan media.
Rafizi berkata permohonan untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telah pun dikemukakan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 7 Jun.
“Semasa permohonan itu dibuat, DBKL telah mengesahkan bahawa semasa, tidak ada mana-mana pihak yang membuat permohonan mengadakan apa-apa acara di situ pada hari tersebut.
“Notis kepada IPD Dang Wangi pula akan dibuat esok dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya lagi.
Rafizi berkata dengan tindakan penundaan itu, tidak ada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini.
“Saya ingin mengingatkan Tengku Adnan bahawa majoriti besar rakyat di Wilayah Persekutuan bersama-sama PR dan beliau perlulah menghormati hasrat rakyat Wilayah Persekutuan yang mahu berhimpun secara aman di Padang Merbok yang merupakan padang milik rakyat,” katanya.
Rafizi menegaskan bahawa ketetapan tarikh kali ini adalah yang akhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa alasan yang diberikan oleh DBKL.
Sebelum ini, Tengku Adnan menasihatkan penganjur perhimpunan di Padang Merbok pada 15 Jun ini agar membatalkan hasrat itu kerana kawasan berkenaan bukanlah lokasi yang sesuai untuk berbuat demikian.
T K Letchumy Tamboo
Mon Jun 10 2013

[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kes 'Black 505': Nik Nazmi didakwa
Nik Nazmi Nik Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan menganjurkan perhimpunan 'Black 505' tanpa kebenaran, tiga tahun lepas.

Permohonan penganjur Black 505 ditolak DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjur Black 505 untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

Himpunan Black 505 ditunda ke 22 Jun
Himpunan Black 505 Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah dijadualkan untuk diadakan pada 15 Jun ini di Padang Merbok, telah ditunda ke 22 Jun.

Tengku Adnan: Padang Merbok bukan lokasi sesuai perhimpunan 'Black 505'
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan Perhimpunan 'Black 505' anjuran pakatan pembangkang tidak boleh dibuat di kawasan terbuka seperti di Padang Merbok.