GUA MUSANG: Seorang peserta konvoi kenderaan lasak meninggal dunia akibat lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Lebir dekat Kampung Aring 6 di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mayat Mohd Hanafiah Abd Hamid, 54, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pukul 5.30 petang.
Beliau berkata peniaga dari Putrajaya yang merupakan antara peserta Program Jamboree Peminat 4X4 Sungai Lebir itu dikatakan tergelincir ketika mandi di sungai berkenaan, dan dihanyutkan ke kawasan air yang dalam.
"Rakan-rakannya cuba membantu, tetapi gagal dan mayat dijumpai pada pukul 5.30 petang di tempat kejadian oleh anggota JBPM dan APM," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya mayat kemudiannya dibawa ke bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Peserta Program Jamboree Peminat 4X4 Sungai Lebir itu dikatakan tergelincir dan dihanyutkan ke kawasan air yang dalam. - Gambar/ PDRM

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Peserta konvoi 4X4 lemas di Sungai Lebir
Seorang peserta konvoi kenderaan lasak meninggal dunia akibat lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Lebir dekat Kampung Aring 6 di sini, petang semalam.