KUALA LUMPUR: Rakyat di selatan Johor khususnya di Pasir Gudang dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan mengenai kehadiran pesawat milik tentera udara negara jiran yang terbang rendah sejak awal Oktober lalu.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang memaklumkan, ia kerana latihan ketenteraan yang dikenali sebagai Eksesais BERSAMA GOLD 2021 telah dianjurkan bermula 8 hingga 18 Oktober 2021.
Jelas beliau, latihan yang dianjurkan oleh Malaysia itu adalah bersempena dengan sambutan 50 tahun Five Power Defence Arrangements (FPDA).
“Ia disertai oleh negaranegara anggota FPDA iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom bersempena Sambutan 50 Tahun FPDA serta terlibat di acara terbang lintas (fly-past) pada Khamis.
“Sepanjang latihan, semua pesawat tentera negara-negara anggota (FPDA) iaitu Australia, New Zealand dan United Kingdom telah ditempatkan di Singapura.
“Manakala pesawat kepunyaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beroperasi dari Pangkalan Udara di Malaysia.
“Ini menyebabkan peningkatan trafik udara di sekitar ruang udara negara khususnya di selatan Johor berhampiran Pasir Gudang,” katanya menerusi kenyataan media di sini, pada Rabu.
Jelas Affendi, penerbangan pesawat-pesawat ini juga telah mendapat kelulusan diplomatik bagi tujuan latihan tersebut dan kawasan ruang udara Pasir Gudang merupakan laluan penerbangan yang dibenarkan sewaktu latihan berkenaan berlangsung.
“Sehubungan itu, Angkatan Tentera Malaysia menyarankan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Johor terutamanya,” ujarnya lagi.
Faris Danial Razi
Wed Oct 20 2021
Jelas Affendi, penerbangan pesawat ini juga telah mendapat kelulusan diplomatik bagi tujuan latihan tersebut dan kawasan ruang udara Pasir Gudang merupakan laluan penerbangan yang dibenarkan sewaktu latihan berkenaan berlangsung. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar
Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pasukan pertahanan seperti PDRM dan ATM, serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, untuk menilai keperluan itu.
Mempertahankan kedaulatan negara, tanggungjawab bersama rakyat berbilang kaum - Sultan Nazrin
Tanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh perlu dipikul secara bersama, titah Sultan Nazrin.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
Agong berkenan tunai solat Jumaat, dengar khutbah khas sempena hari ATM ke-91
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah
Seorang bekas tentera mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah pembayaran ganti rugi RM300,000 kepadanya.
Pihak terlibat urusan pembelian peralatan, kemudahan tentera ditukar setiap tiga tahun - Khaled
Beliau berkata ia sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menasihati kerajaan untuk meningkatkan tahap integriti perolehan aset ketenteraan.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.
Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet
Malaysia sedang berbincang dengan Kuwait bagi memperoleh pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.