TANJUNG MALIM: Dua mangsa pesawat ringan jenis CESNA 172 (9M ADA) dari Layang Layang Flying Academy terhempas berhampiran Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), di Besout 2 Tambahan di sini merupakan jurulatih penerbangan dan pelatih.
Kedua-dua mangsa yang disahkan selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka akibat kemalangan terbabit.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 9.46 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu anggota daripada BBP Bidor dan BBP Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian.
"Kedua-dua mangsa selamat dan mereka juga berjaya di keluarkan dari lokasi nahas.
"Kesemua mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di sebuah ladang di Besout 2 Tambahan di sini pagi tadi.
Kedua-dua mangsa juga dilaporkan mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 04 2024

Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di sebuah ladang di Besout 2 Tambahan di sini pagi tadi. - JBPM Perak

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego
Dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.

Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.

Pesawat terhempas di Sudan Selatan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.

Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.

Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.