HIDUP mereka dahulu banyak berada di perbatasan, tinggalkan keluarga demi menjaga kedaulatan negara daripada ancaman keganasan.
Semuanya mereka korbankan demi tanah air tercinta dan meskipun ada rakan yang terkorban ketika bertugas namun demi Malaysia, mereka terus gagah melangkah.
Rakyat cakna dengan jasa anggota tentera namun sayangnya, saban tahun, ramai dalam kalangan mereka menyuarakan isu sama iaitu kebajikan mereka tidak begitu dijaga.
Jumlah pesara tentera yang ditemu bual di Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, Perak ini mungkin tidaklah ramai namun isu yang mereka suarakan sudah berulang kali dibangkitkan di seluruh negara.
Entah di mana silapnya, keluhan mereka seolah-olah dipandang sepi kerana yang kelihatan, pemimpin mulanya seakan-akan mengambil berat namun akhirnya dibiarkan nasib mereka melarat.
Kalau benar ada tindakan, sudah pasti keluhan sama tidak disuarakan kepada Astro AWANI dan kali ini, antara yang dibawa adalah jumlah pencen hilang upaya yang terlalu kecil.
Seorang pesara, Mejar (B) Idrus Mat Isa berkata, pencen diterima anggota hilang upaya ketika dalam perkhidmatan adalah sangat rendah kerana jumlahnya dinilai berdasarkan kepada tahun anggota itu cacat anggota.
Jelasnya, kebanyakan anggota baru bekerja pada waktu itu dengan gaji masih kecil dan apabila penilaian dibuat sebegitu rupa, jumlah pencen mereka peroleh adalah sangat rendah.
“Jumlah mereka pun tak ramai dalam Malaysia ini. Sepatutnya diberi pertimbangan untuk dinaikkan pencen ilat mereka supaya mereka boleh hidup dalam keadaan fizikal mereka.
“Orang yang cedera masa perkhidmatan, cedera masa itu mungkin tak mudarat tapi apabila berhenti, dah berumur, kecederaan itu dah menjadi makin mudarat.
“Kalau dulu kaki tak sakit masa berjalan, sekarang dah sakit masa berjalan,” katanya kepada Astro AWANI.
Keluhan sama disuarakan seorang lagi pesara, Pegawai Waran II (B) Mohd Razali Din yang hilang kaki kiri terkena jerangkap samar dalam pertempuran berhampiran selatan Thailand pada tahun 1977.
Kini usianya sudah mencecah 79 tahun namun sejak beberapa tahun lepas, isu pencen tidak pernah putus-putus diperjuangkannya dan rakan-rakan.
“Mengikutkan pencen OKU Kami, memang tak memadai dengan keadaan harga barang sekarang. Jadi kita mohon, mohon dikaji semula pencen OKU kami.
“Benda ini dah banyak kali (disuarakan), saya ni pun dah berapa kali masuk akhbar tapi macam itu sajalah, tiada apa-apa tindakan diambil. Kerajaan, fikirlah sikit, kasihanilah kami,” ujarnya.
Bagi wira-wira negara ini, mereka akui sudah penat suarakan isu sama terutamanya setiap kali musim pilihan raya namun tidak akan pernah berhenti untuk terus bersuara.
BACA: Kadar pencen pesara tentera sebelum 2004 dikaji semula
“Memang penatlah kan. Kalau nak katakan, setiap bulan ada saja suara-suara veteran tapi sampai ke peringkat atasan, kata lulus tapi lepas itu hilang, senyap saja,” kata Koperal (B) Nisharizam Mohd Neslan
“Kadangkala rasa sedih jugalah, sebab apa, benda itu hari-hari berucap benda yang sama sahaja tapi kalau tak dicakap, benda itu mungkin hilang, kena cakap juga.
“Walaupun jemu, sedih ke, walaupun mereka tak layan, kena buat jugalah sampai matlamat kita tercapailah,” kata Pegawai Waran 2 (B) Mohd Daud Ibrahim pula.
Hakikatnya, di sebalik dugaan dihadapi di usia senja, cinta terhadap negara masih menebal di kalbu dan harapan mereka, kerajaan mendengar keluh-kesah dan bantu selesaikan sebaik mungkin.
Astro AWANI akan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkaitan termasuk Persatuan Veteran ATM (PVATM) dan Kementerian Pertahanan.
Ridauddin Daud
Thu Oct 27 2022

Di sebalik dugaan dihadapi di usia senja, cinta terhadap negara masih menebal di kalbu dan harapan mereka, kerajaan mendengar keluh-kesah dan bantu selesaikan sebaik mungkin. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Pesara tentera didakwa laku amang seksual terhadap cucu saudara
Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas tiga tuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga cucu saudaranya.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.

Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan
Seorang pesara tentera menzahirkan semangat patriotisme dengan menghasilkan lukisan potret Bapa Kemerdekaan dan sembilan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi.

'Dr Ganja' terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun
Beliau memerintahkan Amiruddin menjalani hukuman penjara secara serentak bagi kesemua pertuduhan itu mulai tarikh tangkapan pada 26 Mei 2017.

Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman
Kejadian berlaku selepas MPV yang dipandu pesara tentera itu hilang kawalan ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya yang berhadapan taska tersebut.

'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan
Mazlan Hussin berkata, setiap hari sepanjang Ramadan dia mampu menjual hampir 300 keping plastik berkenaan.

Pesara tentera wira negara dakwa suara tidak dipeduli sejak sekian lama
Rakyat cakna dengan jasa anggota tentera namun sayangnya, saban tahun, ramai dalam kalangan mereka menyuarakan isu sama berkaitan kebajikan.

Pesara tentera zahir semangat Hari Kebangsaan menerusi Kembara Solo Hijrah Merdeka
Setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan, rakyat Malaysia akan tampil dengan pelbagai cara menzahirkan semangat patriotik dan rasa cinta mereka kepada negara.

Pesara tentera tinggal dalam kereta terharu dapat rumah baharu
Mohd Redzuan Abdullah mendapat tawaran penyewaan sebuah unit Perumahan Awam Seri Johor 4C di Cheras.