ISKANDAR PUTERI: Orang ramai yang mengalami masalah gejala ringan, dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Mahmoodiah bagi mengelakkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata waktu operasi klinik berkenaan juga telah dilanjutkan dari 8 pagi sehingga 9 malam berbanding 5 petang.
Beliau berkata lanjutan operasi itu merupakan antara langkah bagi mengatasi masalah kesesakan Zon Kuning dan Zon Merah di JKT HSA, sekali gus mengelakkan Zon Hijau ditutup untuk menampung pesakit daripada kedua zon tersebut.
"HSA adalah hospital paling sibuk di Johor dan JKT secara purata terima pesakit kira-kira 600 orang setiap hari, bayangkan setiap jam kita terima jumlah pesakit yang tinggi.
"Oleh sebab itu, kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melanjutkan waktu perkhidmatan Klinik Kesihatan Mahmoodiah supaya kita boleh ubah hala pesakit tidak berat dirujuk ke klinik tersebut untuk kurangkan beban di JKT," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang diambil kerajaan negeri bagi mengatasi kesesakan di JKT HSA.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) 'Menuju Ke Arah Dunia Bebas Daripada Kanser Serviks' di antara Hospital Gleneagles dan Yayasan ROSE, bersempena Kempen Bulan Kesedaran Kanser Serviks di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pengarah HSA Dr Sal Atan dilaporkan sebagai berkata Zon Hijau JKT HSA ditutup sementara pada 17 Jan lepas bagi menampung peningkatan pesakit di Zon Kuning dan Zon Merah.
Beliau bagaimanapun berkata perkhidmatan rawatan di Zon Hijau dibuka semula pada 5 petang hari yang sama, meskipun notis pemakluman menyatakan ia ditutup dari 2 petang hingga 9 malam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini turut memberi jaminan bahawa kesesakan pesakit di JKT HSA akan dikurangkan dan menjelaskan penutupan Zon Hijau itu merupakan mekanisme KKM bagi mengurangkan waktu menunggu di JKT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Ling Tian Soon (tengah) pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) 'Menuju Ke Arah Dunia Bebas Daripada Kanser Serviks' di antara Hospital Gleneagles dan Yayasan ROSE. - Bernama
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.
Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.
Pesakit gejala ringan dinasihat ke Klinik Kesihatan Mahmoodiah, elak kesesakan di HSA
Waktu operasi Klinik Kesihatan Mahmoodiah juga telah dilanjutkan dari 8 pagi sehingga 9 malam berbanding 5 petang.