JASIN:Peruntukan khas sebanyak RM150 juta dalam bentuk geran pembiayaan dan padanan menerusi Belanjawan 2021 mampu meringankan beban nelayan sekali gus memastikan sumber makanan negara mencukupi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk semua nelayan Zon A, B dan C dalam bentuk geran pembiayaan menerusi Agrobank.
Beliau berkata faedah sebanyak 3.5 peratus dikenakan bagi tempoh pembayaran balik antara tiga hingga 10 tahun menerusi pinjaman berkenaan.
"Baki peruntukan sebanyak RM50 juta pula diberikan dalam bentuk geran padanan sehingga RM70,000 bagi menaik taraf peralatan, pukat dan bot supaya hasil tangkapan dapat dipertingkatkan selain keselamatan mereka turut terjamin.
"Sebanyak 50 peratus daripada nilai peralatan akan dibiayai di bawah geran berkenaan manakala baki 50 peratus lagi akan ditanggung nelayan," katanya kepada pemberita selepas Program Sembang Santai Persatuan Nelayan Tanjung Nibong di sini, hari ini.
Pada majlis itu, lebih 100 nelayan yang menyertai program berkenaan menerima kit bantuan makanan berupa barangan keperluan asas bagi meringankan beban nelayan akibat ketidaktentuan ekonomi kesan COVID-19.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM300,000 bagi pembinaan baharu Jeti Nelayan Tanjung Nibong selain peruntukan berjumlah RM16,000 daripada kerajaan negeri Melaka bagi pembinaan baharu pondok pengawal di jeti tersebut.
Katanya sehingga November lepas, MAFI telah menyalurkan sebanyak RM1.83 juta di bawah Projek Rangsangan Ekonomi dan kerja-kerja menaik taraf atau membaik pulih infrastruktur di 13 jeti pendaratan ikan di Melaka.
"Selain itu, peruntukan berjumlah RM626,259 turut disalurkan daripada Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka bagi menaik taraf atau membaik pulih komponen jeti pendaratan ikan di negeri ini melibatkan tujuh lokasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk nelayan dalam bentuk geran pembiayaan menerusi Agrobank. -Gambar fail/ Bernama
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
Nelayan lemas ketika cari ketam dan umpun-umpun
Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mencari ketam dan umpun-umpun di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang semalam.
Bekalan ikan dijangka kurang 10 peratus, mencukupi sepanjang MTL
Jabatan Perikanan ambil langkah awal dan proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan ikan sepanjang tempoh MTL iaitu November hingga Mac tahun depan.
LKIM sedia peruntukan bantu nelayan terjejas banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam bentuk bakul makanan untuk membantu nelayan terjejas banjir.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Lelaki ditemukan lemas ketika keluar mencari siput
Seorang nelayan ditemukan lemas berhampiran Titi Nelayan Kampung Bukit Malut, Langkawi hari ini.
Nelayan didakwa bunuh lelaki warga Pakistan
Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan pada 21 Okt lepas.
Belanjawan 2025: Tambahan peruntukan bukti komitmen kerajaan bela nasib nelayan - LKIM
Nelayan tidak pernah terpinggir daripada menerima bantuan, malah soal kebajikan komuniti terbabit sentiasa diambil berat dan diberi keutamaan.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, tiga nelayan warga asing
Bot berkenaan dikesan sepasukan bot ronda Maritim Malaysia, ketika nelayan terbabit sedang melakukan aktiviti perikanan.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, dua nelayan warga asing
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melakukan pelbagai kesalahan, bersama dua nelayan warga asing, di kedudukan 1.2 batu nautika barat laut Pulau Talang.