BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah hampir RM65 juta bagi pelaksanaan lima inisiatif untuk membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan generasi baharu tanah rancangan itu dalam pelbagai aspek termasuk perumahan.
Inisiatif itu antara lain melibatkan dana berjumlah RM20 juta di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran kepada pinjaman perumahan yang bakal dibuat generasi baharu FELDA, membolehkan golongan itu tidak perlu menyediakan cagaran bagi membuat pinjaman, sekali gus memudahkan proses pembiayaan bagi pembinaan rumah di lot generasi.
Felda juga, menurut Ismail Sabri memperuntukkan dana pusingan RM10 juta bagi menyediakan lebih banyak peluang memulakan perniagaan dan meningkatkan kapasiti perniagaan kepada usahawan dalam kalangan generasi muda Felda, melibatkan pinjaman tanpa faedah antara RM5,000 hingga RM20,000 dengan permohonannya dibuka pada Ogos.
"Bagi memberi kemudahan kepada generasi baharu Felda untuk bermastautin di kawasan rancangan, Felda sebelum ini telah melaksanakan Projek Generasi Baharu Felda (PGBF). Saya ingin mengumumkan bahawa RM7.6 juta sewaan bulanan yang telah dibayar 2,025 penghuni PGBF serta sewaan yang akan dikutip selepas ini dijadikan deposit apabila mereka membeli kediaman PGBF.
"Ini bermakna, jika bayaran sewaan yang telah dibayar selama 36 bulan ialah RM10,800 maka pembiayaan satu unit rumah tengah yang berharga RM90,000 akan dikurangkan kepada RM79,200 sahaja," katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda 2022 di Felda Rentam di sini, hari ini.
Sambutan bertemakan 'Kejayaan Dalam Keberkatan' itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi FELDA Tan Sri Idris Jusoh; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohamed Shariff.
Bagi membantu peneroka Felda tanaman getah, Ismail Sabri berkata Felda akan memperuntukkan RM6.1 juta dana pengurusan tahun 2022 bagi mengambil alih pengurusan pusat mengumpul getah (PMG) daripada FGV Rubber Industries Sdn Bhd, yang akan mengurangkan kos operasi kilang sebanyak 23 sen bagi setiap kilogram getah kering dengan tambahan sebanyak 5 sen apabila mencapai sasaran bulanan.
Langkah yang secara keseluruhannya melibatkan pengurangan sebanyak 28 sen akan memberi tambahan pendapatan RM11.2 juta kepada 10,707 peneroka tanaman getah, kata Perdana Menteri yang turut menekankan bahawa kerajaan dan Felda tidak pernah meminggirkan peneroka komoditi itu.
Sempena ulang tahun ke-66 penubuhan Felda tahun ini, Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan khas pembangunan RM66,000 kepada semua 317 rancangan menjadikan jumlah keseluruhannya RM21 juta yang boleh digunakan bagi kerja membaik pulih atau menaik taraf infrastruktur di tanah rancangan terlibat.
Selain itu, Ismail Sabri mengumumkan pertukaran program Premier Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Felda kepada Program Ulul Albab bermula tahun akademik 2023 yang bertujuan melahirkan generasi baharu Felda cemerlang dalam bidang profesional dan berpegang teguh kepada al-Quran dan sunah.
Dalam ucapannya, Ismail Sabri melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Felda dan warga peneroka yang mencapai pelbagai kemajuan dalam bidang perladangan termasuk dalam pemerkasaan mekanisasi dan teknologi pengurusan ladang, sehingga produktivitinya dapat ditingkatkan kepada purata 20 tan sehektar setahun pada tahun ini.
"Saya berbesar hati ingin berkongsi bahawa peningkatan produktiviti ini telah membawa kepada penciptaan nilai atau value creation buat warga peneroka dengan jumlah melebihi RM1 bilion setahun. Peneroka juga dapat menerima tambahan pendapatan sehingga RM162 juta bagi setiap kenaikan 0.5 peratus kadar perahan minyak.
"FELDA juga berjaya mengurangkan kos operasi ladang dengan penjimatan RM200 juta kos pembelian baja apabila Smart Plantation Management Solution (SPMS) iaitu aplikasi pintar yang membolehkan pembelian baja dibuat berdasarkan dirian pokok berbanding keluasan kawasan, selain turut disokong dengan sumber alternatif dan bahan buangan seperti tandan buah kosong serta abu tandan," katanya.
Ismail Sabri turut menyentuh komitmen utuh Felda mengatasi isu sekuriti makanan negara, antaranya menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP) bermula tahun 2019 dan kini melibatkan 8,542 projek ternakan dan pertanian yang dapat memberi pendapatan tambahan kepada 56,699 peneroka dengan purata RM250 hingga RM500 sebulan.
Pada majlis itu, Felda Jengka 25, Pahang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2022 yang membolehkan peneroka di tanah rancangan itu menerima wang tunai RM1 juta manakala lima individu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Generasi 2021 termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah yang berasal dari Felda Wilayah Kuantan.
Turut menerima anugerah itu ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid dari Felda Wilayah Segamat dan Ketua Cawangan Komunikasi Penghakupayaan Orang Kurang Upaya (OKU) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia Dr Ruziah Ghazali dari Felda Wilayah Raja Alias.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Bagi membantu peneroka Felda tanaman getah, Ismail Sabri berkata, Felda akan memperuntukkan RM6.1 juta dana pengurusan tahun 2022 bagi mengambil alih pengurusan pusat mengumpul getah daripada FGV Rubber Industries Sdn Bhd. - Gambar fail
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Mohd Rabin dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pasca UK Memilih: Scotland akui keputusan pilihanraya sukar buat Parti SNP
Menteri Pertama Scotland John Swinney mengakui keputusan pilihan raya umum UK pada Jumaat adalah sangat mencabar bagi Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah kerana kehilangan puluhan kerusi.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.