KUALA LUMPUR: Seorang perunding perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan menipu berhubung beberapa dokumen bagi menuntut dana di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) lebih RM300,000, tiga tahun lepas.
P Anbalahgan, 61, didakwa menipu Penolong Pengarah Seksyen Pendidikan Latihan MITRA, R. Kavithah dengan memperdayakannya bahawa tiga penyata bank Hong Leong atas nama Bengkel Motor Steben, lapan resit rasmi atas nama bengkel itu, empat invois dikemukakan dalam laporan berkala dan laporan akhir Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara bertarikh 14 April 2020 adalah benar dan tulen.
Perbuatannya yang mendorong Kavithah memindahkan RM331,047 ke dalam akaun Bengkel Motor Steben didakwa dilakukan di MITRA, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 14 April 2020 dan 3 Dis 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Anbalahgan juga mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan pilihan iaitu menggunakan tiga penyata bank Hong Leong palsu atas nama bengkel Motor Steben, lapan resit rasmi palsu atas nama bengkel itu, empat invois palsu yang dikemukakan dalam laporan berkala dan laporan akhir Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara, di tempat dan tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Peguam M. Yoges memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap memandangkan telah muflis sejak 2007 selain mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.
"Anak guam telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan dan dia juga memohon untuk membayar wang jaminan secara ansuran," katanya.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan.
"Mahkamah membenarkan tertuduh membayar wang jaminan secara ansuran iaitu RM5,000 dibayar hari ini, RM5,000 pada 4 Okt dan RM10,000 pada 11 Okt. Sebutan kes ditetapkan pada 3 Nov ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Perunding perniagaan P Anbalahgan mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan menipu berhubung beberapa dokumen bagi menuntut dana di bawah MITRA lebih RM300,000. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perunding perniagaan didakwa tipu dokumen tuntut dana MITRA lebih RM300,000
Seorang perunding perniagaan mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan menipu berhubung beberapa dokumen bagi menuntut dana di bawah MITRA.