Pelantikan seorang anggota pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan satu perubahan besar yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha mengubah cara pentadbiran negara.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata langkah berani kerajaan ini juga bermakna semua perjalanan dan perbelanjaan kerajaan kini berada di bawah pengawasan dan pemeriksaan pembangkang.
"Kita berani memberikan kerajaan kita diperiksa oleh pembangkang. Dulu skandal 1MDB disembunyikan, tak boleh cakap dalam Parlimen.
"Dalam penglibatan saya dalam politik lebih 40 tahun, ini perubahan besar yang dilakukan oleh kerajaan. Sekarang Tun M (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) tak boleh bagi tahu pengerusi PAC, jangan dedah. Bagi pembangkang lagi ada salah laku, lagi suka dia nak dedah," katanya pada ceramah Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong di Bandar Tun Hussein Onn dekat sini, malam tadi.
Pelantikan anggota pembangkang sebagai pengerusi PAC merupakan satu daripada manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan yang telah dilaksanakan, dengan bekas timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee dilantik ke jawatan itu bulan lalu.
Beliau turut mencabar kerajaan negeri Pahang dan Kelantan untuk melantik pembangkang menjadi pengerusi PAC negeri masing-masing.
Mohamad yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu berkata perubahan besar lain yang telah dilaksanakan kerajaan sejak mengambil alih pentadbiran Mei lepas ialah mewajibkan perdana menteri, timbalan perdana menteri serta semua menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Dalam pada itu, Mohamad berkata pemimpin dan jentera kerajaan hari ini akan berusaha untuk memperbetulkan salah laku yang dilakukan pentadbiran sebelum ini.
"Banyak kelemahan kita cuba perbaiki. Kita bukan 'perfect' tapi saya yakin semua pegawai kerajaan sekarang ini juga berazam bersama kita.
"Kita akan berusaha untuk meletakkan kembali Malaysia pada tahap yang cukup baik pada masa yang akan datang," katanya.
PRK DUN Balakong pada 8 Sept ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki dan calon MCA Tan Chee Teong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 01 2018
MAT SABU: Kita berani memberikan kerajaan kita diperiksa oleh pembangkang.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.