Pertunjukan kebudayaan oleh anak-anak kapal tentera laut dari 16 negara adalah antara kelainan yang akan ditampilkan pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 yang bermula dari 26 hingga 30 Mac ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebelum ini pertunjukan itu diadakan secara tertutup di Awana Porto Malai di sini.
"Kali ini saya minta ia dipertontonkan kepada seluruh penduduk Langkawi dan pelancong domestik yang akan datang melawat LIMA kali ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sempena LIMA '13 di Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang di sini Khamis malam.
Katanya LIMA edisi ke-12 kali ini juga akan menyaksikan kehadiran paling ramai panglima tentera udara dan laut pada persidangan panglima tentera laut dan udara.
"Tidak kurang 20 negara untuk persidangan panglima tentera laut dan dan lebih 15 panglima udara. Itu belum lagi wakil atau timbalan panglima," katanya.
Katanya LIMA kali ini akan memperlihatkan lima pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) iaitu jet pejuang yang akan memperlihatkan pertunjukan udara selain pertunjukan berkumpulan.
Beliau berkata sehingga tengah hari semalam, penyertaan pempamer telah mencapai 97.8 peratus ruang pameran dengan sasaran awal hanya lima pavilion yang berdasarkan negara tetapi kini sudah mencapai tujuh.
Katanya selain itu, memandangkan LIMA berlangsung sewaktu cuti sekolah, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pelancongan akan mengadakan pameran dan pertunjukan penyediaan makanan pelbagai negeri di pekan Kuah.
Ahmad Zahid berkata beliau juga telah mengarahkan penganjur, HW Lima Sdn Bhd supaya memberikan 2,000 tiket percuma untuk penduduk Langkawi manakala tiket bagi orang ramai adalah RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
"Wang itu (jualan tiket) takkan digunakan syarikat itu tetapi akan didermakan kepada masjid-masjid seluruh Langkawi. Kutipan dua tahun lepas lebih RM160,000 telah didermakan," katanya.
LIMA'13 akan berlangsung di Dewan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bagi segmen udara dan di Awana Porto Malai bagi segmen maritim. Pameran di MIEC dibuka kepada orang awam pada 29 dan 30 Mac, manakala di Awana Porto Malai terbuka sepanjang LIMA '13 berlangsung.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Timur Sabah tidak akan menjejaskan penganjuran LIMA '13 dan beliau memberi jaminan akan keselamatan jet, kapal terbang dan kapal yang menyertai LIMA kali ini.
"Walaupun berwaspada kita tidak perlu khuatir. Dengan kekuatan anggota polis lebih 1,000 orang dan juga angkatan tentera udara, laut dan darat Insya-Allah takkan ada insiden berlaku sepanjang LIMA," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Anggota Parlimen Langkawi Datuk Abu Bakar Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Tan Sri Khalid Ramli.
Terdahulu, Zahid bersama penduduk Langkawi menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta membaca Yassin dan Tahlil sempena penganjuran LIMA '13.
Bernama
Fri Mar 15 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.

Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.

Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan Isnin, 23 Mac lal

Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Kemenangan BN di Kimanis bukti kesinambungan kepercayaan pengundi - Zahid
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin adalah kesinambungan kepercayaan pengundi di parlimen itu terhadap parti ini.

UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.

Zahid didakwa atas pertuduhan rasuah pagi ini
Zahid akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan.

'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."

PAU2017: Saya tidak campur tangan soal usul jawatan presiden, timbalan presiden - PM Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.