Tindakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia untuk meningkatkan unjuran pertumbuhan Malaysia tahun ini adalah pengesahan yang negara ini berada di landasan yang betul untuk mencapai pertumbuhan tinggi dan menafikan tuduhan pengkritik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
IMF menaikkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus sebelum ini manakala Bank Dunia menyemak semula unjuran itu kepada 4.9 peratus daripada 4.3 peratus.
Malaysia mencatat pertumbuhan KDNK sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2017 dan melepasi jangkaan untuk suku kedua dengan pertumbuhan 5.8 peratus, kata Najib.
"Baru semalam, Fitch Ratings mengesahkan penarafan Malaysia dengan prospek stabil dengan menyatakan pertumbuhan kukuh KDNK kita, lebihan akaun semasa yang berterusan serta kedudukan pemberi kredit luaran bersih negara sebagai pemacu utama," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-63 Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) di sini.
Najib yang juga Menteri Kewangan menggesa orang ramai agar tidak mendengar mereka yang menyebar berita palsu mengenai Malaysia.
"Sebenarnya sebagaimana laporan terbaru daripada Bank Dunia simpulkan dan saya petik,'ekonomi Malaysia sedang berkembang daripada satu kedudukan yang kukuh'," katanya.
Perdana Menteri juga berkata, ada pihak yang cuba menyatakan yang hanya rakyat asing akan mendapat manfaat daripada pelbagai projek di negara ini.
"Ia adalah sesuatu yang sangat tidak benar," tegasnya.
Menurutnya, daripada kontrak bernilai RM21 bilion untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, RM17 bilion diberikan kepada syarikat Malaysia. Dan untuk Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang akan dibina, RM26.7 bilion daripada RM30 bilion setakat ini telah diberikan kepada kontraktor Malaysia.
"ECRL akan menjadi pengubah penting yang akan merangsang pelaburan serta aktiviti komersil, mewujudkan beribu-ribu pekerjaan, membantu pendidikan berkualti serta meningkatkan pelancongan di Pahang, Terengganu dan Kelantan... dan selain itu ia menjamin 30 peratus pembabitan kontraktor tempatan.
"Jika kita ambil Lebuhraya Pan Borneso sebagai satu lagi contoh, apabila pakej kerja di bawah fasa pertama bahagian Sarawak diumumkan Disember lepas, sebahagian besar daripadanya diperoleh syarikat tempatan dan usaha sama mereka, dengan memperoleh RM10 bilion daripada RM16.5 bilion dana yang diperuntukkan," katanya.
Sambil memberi ucapan tahniah kepada MBAM sempena sambutan ulang tahun malam ini, Najib berkata, persatuan itu akan membantu Malaysia merubah industri pembinaan Malaysia kepada kelas dunia.
Menurut beliau, setakat Mac 2017, kontraktor Malaysia telah memperoleh projek lebih RM18.5 bilion di India, RM16.6 bilion di negara-negara ASEAN serta RM12.4 bilion di Arab Saudi.
"Ini adalah bukti yang keupayaan dan pengalaman kontraktor Malaysia, digabung dengan hubungan antarabangsa yang kukuh yang telah saya jalin, boleh membawa pertumbuhan ekonomi kepada negara keseluruhannya," katanya.
Dengan keanggotaan lebih 14,000 syarikat dan kumpulan, MBAM telah memainkan peranan penting dalam sektor itu yang dijangka tumbuh lapan peratus pada 2017.
Industri pembinaan akan terus mencatat pertumbuhan mantap dalam tempoh lima tahun akan datang, sebahagiannya dirangsang oleh projek infrastruktur yang dilaksana kerajaan di seluruh negara.
Projek itu termasuk ECRL, Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura, Lebuhraya Pan Borneo, KL118 serta Projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapis Minyak dan Petrokimia di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2017
PM NAJIB: Jangan mendengar mereka yang menyebar berita palsu mengenai Malaysia.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Tun Juhar
Keadaan sosiopolitik Sabah yang stabil akan membolehkan pengagihan ekonomi, pendapatan dan kekayaan negeri dilakukan secara adil dan saksama kepada semua rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ju
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - Pemangku Sultan Johor
Kerajaan Persekutuan perlu menerima hakikat Laporan Bank Dunia berhubung kedudukan terkini pelajar negara ini.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.