KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan kegiatan pertubuhan haram yang turut dianggotai pegawai dan anggota polis yang bernaung di bawah kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK).
Ia susulan penahanan 21 individu termasuk dua pegawai kanan polis serta 12 anggota pangkat rendah menerusi operasi khas Op Selendang pada Khamis hingga Sabtu lalu di Dungun dan Kuala Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, dua pegawai berpangkat Inspektor dan anggota yang ditahan itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.
Katanya kumpulan yang diketuai peniaga berusia 39 tahun itu dipercayai aktif dalam kegiatan berkenaan di sekitar daerah Dungun sejak beberapa tahun lalu.
“Tidak semua ahli kumpulan ini (ditahan) tetapi yang mana kita tangkap ini memang dikenal pasti dengan beberapa kes berunsurkan keganasan ataupun elemen gangsterism.
“Contohnya menjadi orang tengah untuk mengutip wang, hutang ah long. Mereka ini orang tengah untuk mengutip dengan menggunakan elemen kekerasan dengan ugutan jenayah. Juga aktiviti menarik kereta, contohnya menggunakan juga ugutan jenayah untuk dalam proses mereka menarik kereta,” katanya.
Rohaimi bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu.
Beliau berkata susulan penahanan itu, pihak polis turut merampas beberapa barangan termasuk peralatan ritual angkat sumpah, lapan buah kereta, 28 buah telefon bimbit, enam bilah pedang dan al-Quran.
Menurut Rohaimi lagi, susulan itu sepuluh anggota berkenaan telah ditahan kerja bermula Isnin manakala dua pegawai berkenaan masih menunggu tindakan lanjut dari Bukit Aman.
Jelasnya kesemua suspek yang berusia 20 hingga 49 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.
Nur Fazlizai Ali
Tue Jan 24 2023

Rohaimi (dua, kanan) menunjukkan barang rampasan semasa serbuan selepas menahan 14 anggota dan pegawai polis di negeri ini dalam pertubuhan kongsi gelap dikenali sebagai Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang tumbang, pegawai polis antara 21 ditahan
PDRM berjaya melumpuhkan kegiatan pertubuhan haram yang turut dianggotai pegawai dan anggota polis yang bernaung di bawah kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK).

Bukit Aman siasat 14 anggota, pegawai sertai pertubuhan haram
Bukit Aman menahan 12 anggota dan dua pegawainya untuk siasatan dipercayai terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram di sini pada Jumaat.