Negara-negara ASEAN perlu berusaha ke arah pemulihan dan reka bentuk protokol kesihatan dengan mengambil kira rangkaian nilai pelancongan secara keseluruhan sementara menunggu pembukaan sempadan ASEAN.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Dr Noor Zari Hamat berkata ini termasuk pengurusan sempadan, perjalanan udara, hospitaliti, pengusaha serta agensi pelancongan, mesyuarat dan acara, tarikan serta taman tema selain pengurusan dan perancangan destinasi.
Beliau berkata Organisasi Pelancongan Nasional (NTO) ASEAN juga harus menekankan keperluan melengkapkan pemain industri ASEAN, terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana, dengan kemahiran serta ilmu norma-norma baharu yang diperlukan.
"Walaupun protokol keselamatan telah dibangunkan dari segi teknikal oleh badan-badan sektoral ASEAN masing-masing, saya rasa NTO ASEAN harus bergerak ke arah memperkukuhkan kerjasama mereka dengan sektor swasta bagi merangsang permintaan industri pelancongan menerusi pemasaran strategik dan usaha-usaha promosi melalui platform digital.
"Sekarang semua orang bercakap mengenai norma-norma baharu, jadi industri pelancongan juga perlu berfikir tentang norma-norma baharu terutama dalam operasi harian perniagaan hotel dan pusat peranginan, taman tema, pusat beli-belah, persidangan dan pameran serta tarikan pelancongan lain. Ini telah dan akan dilakukan menerusi pelbagai platform seperti webinar, persidangan maya dan juga latihan secara dalam talian," katanya.
Noor Zari berkata demikian semasa sesi penstriman langsung dengan anggota Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA) bertajuk 'Way Forward for TOURISM in ASEAN Live Talk' pada Jumaat.
BACA: Protokol bersama perlu dipersetujui sebelum gelembung perjalanan dilaksana
Selain itu, beliau berkata NTO ASEAN sedang merumuskan Strategi Pemasaran Pelancongan ASEAN baharu yang dipercayai bakal merintis jalan ke hadapan dan memacu aktiviti promosi bagi ASEAN untuk tempoh lima tahun akan datang bermula 2021 hingga 2025.
Beliau berkata strategi itu telah mengambil kira langkah pemulihan keyakinan terhadap industri pelancongan dan menggalakkan perjalanan yang selamat.
"Kami menyedari bahawa usaha-usaha promosi pelancongan sedang giat dilakukan secara dalam talian dan menerusi platform media sosial bagi merangsang permintaan terhadap perjalanan dalam ASEAN, terutama dalam kalangan pengembara muda ASEAN yang tidak sabar untuk memulakan perjalanan di destinasi serantau sebagai pilihan pertama mereka.
BACA: MATA sokong 'travel bubble', segerakan rundingan bersama ASEAN
Beliau turut mencadangkan agar negara-negara ASEAN membincangkan dengan lebih lanjut mengenai konsep 'gelembung perjalanan' dengan memulakan projek perintis masing-masing sebaik sahaja sempadan antarabangsa Malaysia dan negara berkaitan dibuka kerana ia mungkin membantu pertumbuhan industri itu.
Noor Zari berkata pasaran Intra-ASEAN adalah antara kunci kelangsungan dan kelestarian industri pelancongan kerana ia menyumbang lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan ketibaan pelancong antarabangsa ke ASEAN pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 19 2020

Noor Zari berkata Strategi Pemasaran Pelancongan ASEAN telah mengambil kira langkah pemulihan keyakinan terhadap industri pelancongan. - Facebook

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.