Pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam PAS dilihat semakin parah apabila dikatakan ada usaha dari kumpulan pro-ulama untuk menguasai pimpinan PAS kawasan.
Usaha kumpulan pro-ulama ini dilihat ketara di Wilayah Persekutuan apabila ada usaha dari kumpulan ini untuk 'merampas' pimpinan PAS kawasan Putrajaya, Bukit Bintang dan Batu.
Sumber dalaman PAS Wilayah Persekutuan memberitahu Astro AWANI, kumpulan pro-ulama ini telah lama menggerakkan usaha mereka untuk memastikan pimpinan yang pro-profesional di Putrajaya, Bukit Bintang dan Batu.
Namun usaha itu dikatakan hanya berjaya di Putrajaya manakala di kawasan Bukit Bintang dan Batu pula pemimpin pro-profesional berjaya mengekalkan jawatan sekaligus menafikan hasrat kumpulan pro-ulama.
"Mereka (kumpulan pro-ulama) sudah lama buat kerja nak jatuhkan kumpulan pro-profesional ini, mereka memang target kawasan Putrajaya, Bukit Bintang dan Batu sebab ahli tak ramai sangat.
"Puak ini (kumpulan pro-ulama) kalau bab susun gerak kerja nak jatuhkan puak profesional ni lebih profesional daripada puak yang dikatakan profesional.
"Mereka buat ini semua sebab nak pastikan perwakilan ke Muktamar nanti semuanya dari kumpulan pro-ulama, jadi tentunya usaha nak pastikan kerusi timbalan dan naib dapat kepada ulama akan berjaya," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Sementara itu, bekas Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria memaklumkan beliau telah menghantar surat kepada PAS Pusat supaya mesyuarat agung tahunan PAS Putrajaya yang berlangsung pada 22 September lalu disiasat.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Nazir menjelaskan beliau mendesak supaya PAS Pusat membatalkan Mesyuarat Agung PAS Putrajaya.
Nazir mendakwa notis memanggil mesyuarat agung tahunan dibuat dalam tempoh tidak sampai 14 hari dan ia melanggar perlembagaan parti.
"Notis memanggil mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Putrajaya dikeluarkan pada 12 September dan mesyuarat dibuat pada 22 September, ini jelas melanggar perlembagaan kerana kurang dari 14 hari," katanya kepada Astro AWANI.
Bab kelima Fasal 18 (c) Perlembagaan PAS menyatakan: Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasan dan Mesyuarat Agung Khas Kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan dengan menyertakan agenda, laporan dan penyata kewangan yang telah diaudit.
Beliau juga mendakwa telah direhatkan dari menjalankan tugas sebagai YDP melalui satu surat yang dikeluarkan oleh pemangku Timbalan YDP, Kamaruzaman Mohamad dan dua pemimpin PAS Putrajaya yang lain pada 3 April lalu.
“Adakah tindakan itu dibenarkan oleh perlembagaan kerana tidak ada klausa yang menyebut bahawa YDP boleh direhatkan.
"Keputusan merehatkan YDP hanya boleh dibuat oleh jawatankuasa disiplin PAS pusat," katanya lagi.
Biarpun dalam surat merehatkannya itu tidak dinyatakan sebab namun Nazir mendakwa beliau direhatkan kerana mempertahankan keputusan mesyuarat kawasan yang mahukan Datuk Husam Musa dipilih sebagai calon mewakili PAS bertanding di Putrajaya ketika Pilihan Raya Umum yang ke-13 lalu.
Nazir juga mendakwa lebih 2/3 orang ahli PAS Cawangan Presint 14 tidak mengetahui bila dan di mana Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
“Saya mempunya senarai ahli-ahli PAS cawangan ini yang dinafikan hak mereka sebagai ahli parti untuk hadir di dalam mesyuarat agung cawangan tersebut, dan perkara ini akan saya rujuk kepada ROS dan sekiranya perlu tindakan mahkamah juga perlu dibuat,” Kata Nazir.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan pihaknya telah menerima aduan daripada Nazir dan akan meneliti perkara yang dibangkitkan.
"Kami akan teliti apa yang dilaporkan dan akan menyiasat perkara tersebut," katanya kepada Astro AWANI.
Bagaimanapun Astro AWANI gagal menghubungi YDP PAS Putrajaya yang baru dipilih, Kamaruzaman Mohamad untuk mendapatkan penjelasan daripada pihaknya.
Di Batu pula, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yang diadakan pada 29 September lalu terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku kekecohan.
YDP PAS Batu, Ishak Surin bersama dua lagi pemimpin PAS kawasan tersebut berjaya mengekalkan jawatan selepas Mesyuarat Agung Tahunan disambung pada 6 Oktober lalu.
Ishak dikatakan mendakwa kekecohan berlaku apabila Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai Setiausaha Perhubungan dan Ketua Pemuda cuba mengambil alih proses pemilihan kawasan itu.
Selain Mesyuarat Agung Tahunan PAS Batu, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan juga dikatakan cuba mengambil alih Mesyuarat Agung Tahunan PAS Bukit Bintang.
YDP PAS Bukit Bintang, Radzi Hashim menjelaskan pihaknya menjemput wakil dari PAS Puchong untuk bertindak sebagai pemerhati tetapi tugas tersebut diambil alih oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
"Kami mula syak ada satu usaha untuk menjatuhkan pimpinan lama dengan cara yang licik bila badan perhubungan mengambil alih sebagai pemerhati.
"Lebih membuatkan kami syak ada cubaan untuk mengambil alih mesyuarat agung ini bila kami katakan tidak ada pertandingan, mereka (badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan) bertegas kata ada (pertandingan)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dalam pertandingan merebut jawatan YDP PAS Kawasan Bukit Bintang, Radzi berjaya mengalahkan pencabarnya Azmi Azman Johari.
Radzi mendapat 35 undi manakala pencabarnya yang dikatakan mewakili kumpula pro-ulama mendapat 12 undi.
Irwan Muhammad Zain
Tue Oct 08 2013
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.