KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal apabila ditutup hampir mendatar hari ini untuk kekal dalam fasa konsolidasi berikutan dagangan berhati-hati menjelang musim pelaporan pendapatan, dengan aktiviti pengambilan untung dilihat dalam saham hartanah, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63, turun naik antara 1,605.69 dan 1,614.69 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 755 berbanding 279, dengan 468 kaunter tidak berubah, 957 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.54 bilion unit bernilai RM2.76 bilion daripada 3.46 bilion unit bernilai RM2.49 bilion pada Rabu .

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, bagaimanapun indeks petunjuk pasaran ditutup positif manakala indeks serantau utama adalah lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Beliau berkata pelabur mengekalkan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedah bulan depan, berikutan pengumuman data inflasi pengguna AS yang rendah malam tadi.

"Bagi bursa tempatan, kami menjangkakan sentimen pelabur adalah stabil, didorong oleh sokongan teguh daripada institusi tempatan.

"Sehubungan itu, kami memilih pendekatan yang berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat dan menjangka indeks petunjuk pasaran kekal dalam fasa konsolidasi, walaupun belian saham semasa harga rendah mungkin berlaku," kata Thong kepada Bernama.

Broker ekuiti dalam talian itu mengunjurkan FBM KLCI berada dalam dalam julat 1,610-1,620 menjelang hujung minggu ini.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata, pasaran tempatan didagangkan dalam julat kecil dengan kecenderungan meningkat.

Bagaimanapun, aktiviti perdagangan kekal lemah memandangkan pelabur mengamalkan pendirian mengelak risiko, memburu saham pembayar dividen syarikat bermodal besar, terutama dalam sektor kewangan.

Hasil dividen yang menarik dalam sektor itu menjadikannya sebagai pilihan utama bagi pelabur berorientasikan pendapatan dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, kata beliau.

"FBM KLCI dijangka berada dalam julat kecil dalam tempoh terdekat, dengan musim pelaporan pendapatan korporat, semakan gaji sektor awam, dan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 yang akan datang, sebagai pemacu pasaran utama," kata Mohd Sedek.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB naik 12.0 sen kepada RM7.53, Public Bank, YTL Corporation, IOI Corporation, dan MISC masing-masing meningkat 5.0 sen kepada RM4.27, RM3.46, RM3.83 dan RM8.67.

Bagi kaunter paling aktif, SP Setia susut 23 sen kepada RM1.29, Cape EMS merosot 3.0 sen kepada 43 sen, Sime Darby Property rendah 18.0 sen kepada RM1.31, dan Pestech susut 4.5 sen kepada 17 sen.

Antara kaunter paling untung, Panasonic naik 24.0 sen kepada RM19.66, diikuti oleh CIMB, Ajinomoto dan CI Holdings masing-masing meningkat 10.0 sen kepada RM14.40 dan RM3.10.

Dari segi indeks, Indeks FBM Emas susut 49.69 mata kepada 12,239.82, Indeks FBMT 100 merosot 41.56 mata kepada 11,887.68 manakala Indeks FBM Emas Syariah rendah 117.80 mata kepada 12,311.72.

Indeks FBM 70 berkurangan 231.72 mata kepada 17,683.85, dan Indeks FBM ACE susut 79.22 mata kepada 5,312.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 64.81 mata kepada 18,288.06, Indeks Perladangan susut 15.49 mata kepada 7,142.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 2.41 mata kepada 180.62, dan Indeks Tenaga merosot 5.12 mata kepada 928.52.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.98 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 1.81 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.13 bilion unit bernilai RM139.95 juta daripada 1.14 bilion unit bernilai RM154.81 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 428.06 juta saham bernilai RM154.42 juta daripada 506.22 juta saham bernilai RM172.60 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 281.45 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (527.63 juta), pembinaan (131.89 juta),teknologi (162.84 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (89.63 juta), hartanah (443.68 juta), perladangan (8.96 juta), REIT (6.25 juta), dana tertutup (16,100), tenaga (116.47 juta), penjagaan kesihatan (73.77 juta), telekomunikasi dan media (36.52 juta), pengangkutan dan logistik (55.34 juta), utiliti (51.68 juta), dan amanah perniagaan (142,600).

-- BERNAMA