KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima 370 pertanyaan dan aduan mengenai skim pelaburan haram setakat akhir September 2020 berbanding 317 bagi keseluruhan tahun lepas.
Pengerusi, Datuk Syed Zaid Albar berkata, sejak akhir-akhir ini, terdapat kemunculan 'penipuan syarikat klon' iaitu penipu akan meniru entiti berlesen yang sah untuk memperdayakan pelabur agar yakin mereka melabur dengan syarikat yang sah.
Beliau berkata, berdasarkan hasil dapatan SC, promosi bagi penipuan itu lazimnya dijalankan menerusi saluran media sosial - dengan penggunaan saluran WhatsApp dan Facebook adalah paling meluas.
"Pelabur yang mendapat tawaran peluang pelaburan melalui pesanan WhatsApp atau saluran Facebook perlu mengambil langkah berwaspada.
"Saya ingin menasihati pelabur supaya sentiasa mengesahkan status individu dan entiti berkenaan dengan pihak SC sebelum melaburkan wang dalam sebarang skim pelaburan," katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada InvestSmart Fest 2020 secara maya anjuran SC di sini, hari ini.
Syed Zaid berkata, bagi enam bulan pertama tahun ini sahaja, rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM914 juta susulan penipuan.
Beliau berkata, kelemahan pelabur sehingga terdedah kepada penipuan ini mungkin sebahagiannya disebabkan harapan tidak realistik terhadap pulangan daripada pelaburan.
Berdasarkan kaji selidik SC pada awal tahun ini, ia menunjukkan majoriti pelabur di Malaysia mempunyai harapan tidak realistik iaitu 24 hingga 30 peratus pulangan setahun daripada pelaburan mereka, katanya.
Beliau berkata, pada masa ini, keadaan mudah terdedah pelabur kepada penipuan ini juga ditambah dengan pencarian keuntungan dalam persekitaran kadar faedah rendah.
"Memandangkan penipuan pelaburan haram meningkat ketara, SC baru-baru ini telah menubuhkan Pasukan Petugas dalaman untuk menumpukan penyiasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku.
"Kami menggesa pelabur supaya memainkan peranan mereka dengan tampil ke hadapan memberi maklumat kepada SC sekiranya telah didatangi sebarang orang atau pihak yang menawarkan skim ini," katanya.
InvestSmart Fest 2020 merupakan acara pendidikan pelabur utama tahunan SC.
Ia mengetengahkan barisan pakar industri terkemuka untuk berkongsi pandangan mengenai peluang pelaburan, pengurusan kewangan, pelan persaraan, bagaimana pendigitalan memberi kesan kepada keputusan pelaburan di samping mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada apabila melabur.
Bagi edisi tahun ini, ia yang diadakan selama tiga hari mulai hari ini, secara maya buat kali pertama, telah menarik lebih 5,000 peserta setakat ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020
![Pertanyaan, aduan penipuan pelaburan diterima SC semakin meningkat Pertanyaan, aduan penipuan pelaburan diterima SC semakin meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603431641_SyedZaidAlbar.jpg)
Syed Zaid Albar berkata, sejak akhir-akhir ini, terdapat kemunculan 'penipuan syarikat klon' iaitu penipu akan meniru entiti berlesen yang sah untuk memperdayakan pelabur. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716967346_AwangAdekHussin.jpg)
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
![SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701121059_AwangAdek.jpg)
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
![MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716441331_tbJohanMahmoodMeri.jpg)
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
![SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024 SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
![Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715835508_AwangAdekHussin.jpg)
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
![Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714461485_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
![SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memenangi saman sivil dagangan orang dalam terhadap ketua pegawai eksekutif GW Plastics Holdings Bhd dan rakannya.
![SC, Bursa Malaysia pantau konflik Asia Barat untuk jamin pasaran modal kekal stabil SC, Bursa Malaysia pantau konflik Asia Barat untuk jamin pasaran modal kekal stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713108994_TBSecuritiesBursa.jpg)
SC, Bursa Malaysia pantau konflik Asia Barat untuk jamin pasaran modal kekal stabil
Mereka turut memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dipermodalkan dengan baik.
![Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023 Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM3.8 trilion.