KUALA LUMPUR: Persepsi atau tanggapan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) di sekolah sebagai 'mencari salah' perlu diubah malah PPD perlu menjadi rakan yang sentiasa berusaha membantu sekolah, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, Radzi berkata sebagai institusi yang paling dekat dengan sekolah, PPD seharusnya menjadi ejen yang bertanggungjawab menyebar secara meluas dan menjelaskan tentang dasar, perancangan serta hala tuju pendidikan negara yang digariskan Kementerian Pendidikan (KPM) kepada kumpulan sasar iaitu guru, sekolah dan ibu bapa.
"Pegawai PPD perlu sentiasa hadir di sekolah bagi mengenal pasti masalah, keperluan serta mencari penyelesaian segera kepada perkara itu. PPD perlu menjadi pemudah cara antara pihak sekolah dengan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dan KPM sekiranya perkara itu tidak boleh diselesaikan di peringkat PPD.
"Mengukuhkan keyakinan serta kepercayaan antara PPD-Sekolah-Guru. Hubungan baik antara PPD, pentadbir sekolah dan guru akan membantu kelancaran pelaksanaan setiap dasar, perancangan serta transformasi pendidikan yang digariskan kementerian," menurut catatan itu.
Radzi berkata ini adalah antara penekanan yang digariskan beliau ketika bertemu dengan 146 pegawai PPD dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Sabah dan Labuan yang menyertai siri kedua Konvensyen PPD di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan malam tadi.
Konvensyen itu adalah susulan konvensyen pertama minggu lepas yang melibatkan 142 pegawai PPD dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Pahang dan Sarawak.
Bagi memastikan pegawai PPD dapat menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan secara optimum, Radzi berkata KPM sentiasa berusaha memperkasakan sistem penyampaian agar maklumat yang tepat dapat disalurkan antara KPM-JPN-PPD-Sekolah.
"Dengan pengalaman serta hubungan baik sedia ada antara PPD, sekolah dan juga guru, saya yakin usaha memperkukuh peranan pegawai PPD ini boleh dilakukan seiring transformasi pendidikan yang digariskan KPM.
"Bersama lakukan perubahan! Nothing beats hard work! (usaha tangga kejayaan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Menurut Radzi, pegawai PPD perlu sentiasa hadir di sekolah bagi mengenal pasti masalah, keperluan serta mencari penyelesaian segera kepada perkara itu. - Gambar fail
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyalurkan peruntukan lebih RM2.3 juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan penjara dan Pejabat Parol Daerah (PPD) di Kedah.
Persepsi kehadiran PPD di sekolah sebagai 'mencari salah' perlu diubah - Radzi
Pegawai PPD perlu sentiasa hadir di sekolah bagi mengenal pasti masalah, keperluan serta mencari penyelesaian segera kepada perkara itu.
JPN, PPD diminta ambil tindakan babit kerosakan empat sekolah di Kota Tinggi
JPN dan PPD diminta mengambil tindakan segera terhadap kerosakan infrastruktur dan kemudahan di empat sekolah di Kota Tinggi.
PdPR: UKM tawar kolaborasi dengan PPD, sekolah
UKM menawarkan kolaborasi dengan mana-mana PPD atau sekolah bagi bersama-sama membangunkan bahan PdPR.
Sesi persekolahan melalui PdPR bermula hari ini
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan COVID-19 yang belum reda.
Jangan rahsiakan kes COVID-19 di sekolah - PIBGN
Pihak sekolah dinasihatkan tidak merahsiakan maklumat sekiranya ada pelajar atau warga sekolah disahkan positif COVID-19.
Warden sepenuh masa: Cadangan NUTP perlu diperhalusi - Maszlee
Pihak kementerian terbuka dan akan meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk melakukan perbincangan dengan kesatuan itu.
Nombor plat PPD1 dibida pada harga RM120,000
Siri PPD telah dibuka bagi tempahan bermula 19 September lalu sehingga Isnin lalu sebelum pembida yang berjaya diumumkan semalam
Tiada kompromi bagi pendidik terlibat salah laku seksual
Jika terdapat warga pendidik yang disabitkan dengan kesalahan salah laku seksual, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas selepas kes itu diputuskan mahkamah.
Pertukaran dalaman JPN, PPD dibekukan - Maszlee
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata tindakan itu susulan terdapat unsur politik dalam institusi pendidikan negara.