Persatuan Perkhidmatan Big Blue Taxi Sdn Bhd tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pengangkutan yang menetapkan tempoh setahun bagi pelaksanaan penuh perkhidmatan e-hailing.
Penasihat persatuan itu, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata tempoh itu dilihat tidak realistik berikutan perkhidmatan e-hailing itu telah diperkenalkan dan diguna pakai termasuk oleh pengusaha teksi sejak dua tahun lalu.
"Tidak perlu tempoh sehingga setahun berikutan e-hailing telah pun dilaksanakan sebelum ini dan perkhidmatan itu juga telah memudahkan proses pendaftaran pengusaha teksi dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Seharusnya tidak perlu mengambil masa lama kerana SPAD juga telah membuat kajian mengenai aplikasi e-hailing sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Rabu lepas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya menetapkan tempoh setahun diberikan untuk pelaksanaan penuh perkhidmatan e-hailing termasuk mengenakan syarat baharu dalam perkhidmatan itu.
Antara syarat baharu yang ditetapkan itu ialah semua pemandu e-hailing perlu mendapatkan lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV), membuat pemeriksaan kesihatan, saringan rekod jenayah serta menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sekali setahun apabila kenderaan melebihi usia tiga tahun dari tarikh didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam pada itu, Shamsubahrin menyarankan Kementerian Pengangkutan mewujudkan sistem kawalan harga dalam memastikan persaingan sihat antara antara pengusaha teksi e-hailing dan Grab.
"Sekiranya kementerian memberi harga terbuka kepada mereka (Grab) berbanding teksi yang mengguna aplikasi e-hailing in, ia seperti tidak mempunyai sebarang perbezaan.
"Sistem kawalan harga itu perlu diteliti supaya industri teksi di negara ini tidak lagi akan merundum seperti sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 14 2018
![Persatuan teksi tidak setuju tempoh setahun pelaksanaan penuh e-hailing Persatuan teksi tidak setuju tempoh setahun pelaksanaan penuh e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51452591721_BigBlueCapital.jpg)
Shamsubahrin turut menyarankan Kementerian Pengangkutan mewujudkan sistem kawalan harga dalam memastikan persaingan sihat antara antara pengusaha teksi e-hailing dan Grab. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720769524_tbanthonyloke.jpg)
Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM
Anthony Loke mengalami sesak nafas ketika memulakan jawapan lisan soalan pertama di Dewan Rakyat pada Rabu, tiada kaitan dengan serangan jantung.
![Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720588023_tbanthonyloke.jpg)
Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sesak nafas itu disebabkan masalah kecergasan.
![Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720588023_tbanthonyloke.jpg)
Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat sedikit terganggu apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilihat seperti terkena serangan panic attack ketika memulakan sesi jawab lisan pada Rabu.
![Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713858472_ecrl.jpg)
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
![Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20 Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719821141_AnthonyLoke.jpg)
Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20
Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di Semenanjung akan diturunkan dari RM50 kepada RM20 berkuatkuasa hari ini.
![Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719720471_baspersiaran.jpg)
Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab syarikat itu dalam tempoh tiga hari.
![Batal pendaftaran VEP boleh dibuat dalam talian - Anthony Loke Batal pendaftaran VEP boleh dibuat dalam talian - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719813784_AnthonyVEP.jpg)
Batal pendaftaran VEP boleh dibuat dalam talian - Anthony Loke
Pembaharuan VEP boleh dibuat secara dalam talian tanpa perlu menunggu tag VEP sedia ada tamat tempoh.
![Kerajaan Persekutuan telah muktamad jajaran LRT Pulau Pinang - Loke Kerajaan Persekutuan telah muktamad jajaran LRT Pulau Pinang - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715323256_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan Persekutuan telah muktamad jajaran LRT Pulau Pinang - Loke
Jajaran bagi Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang telah dimuktamadkan dan perbincangan dengan kontraktor utama sedang dijalankan.
![Penggabungan MAVCOM-CAAM tiada kaitan urusan penjualan saham MAHB - Loke Penggabungan MAVCOM-CAAM tiada kaitan urusan penjualan saham MAHB - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719407087_tbAnthonyLoke.jpg)
Penggabungan MAVCOM-CAAM tiada kaitan urusan penjualan saham MAHB - Loke
Loke berkata secara dasar langkah penggabungan MAVCOM-CAAM telah dipersetujui sejak tahun 2019 dan ia tidak dilakukan baru-baru ini.
![Tiada kelulusan SPM boleh mohon jadi tenaga pengajar institut memandu - Anthony Loke Tiada kelulusan SPM boleh mohon jadi tenaga pengajar institut memandu - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719310009_ANTHONYLOKEJPJ.jpg)
Tiada kelulusan SPM boleh mohon jadi tenaga pengajar institut memandu - Anthony Loke
Loke mengumumkan individu berhasrat untuk menjadi tenaga pengajar di institut memandu (IM) namun tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diberikan kelonggaran.