GEORGE TOWN: Persatuan Kebajikan 88 Captains, sebuah pertubuhan bukan kerajaan hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan UOW Malaysia KDU Penang University College bagi menyediakan biasiswa kepada belia kurang berkemampuan di negeri ini yang melanjutkan pengajian di universiti atau kolej tempatan.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Ooi Eng Hock berkata kira-kira 30 hingga 40 pelajar daripada USM dan UOW Malaysia KDU Penang akan menerima bantuan kewangan itu awal tahun hadapan.
"Setiap pelajar akan diberikan kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 bagi menampung yuran pendidikan dan kos sara hidup. Setakat ini, kita ada RM2 juta bagi pembiayaan dan mampu membiaya pelajar untuk tempoh dua tahun akan datang," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU itu yang disaksikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini hari ini.
Ooi berkata pelajar terlibat akan diberikan bantuan kewangan berdasarkan tempoh pengajian mereka kira-kira tiga atau empat tahun.
Terdahulu, Chow dalam ucaptama pada majlis berkenaan mengucapkan tahniah kepada anggota persatuan berkenaan kerana berganding bahu bagi mengumpul dana membantu pelajar kurang berkemampuan di negeri ini.
"Saya yakin misi kerjasama ini akan membawa perubahan positif kepada kehidupan pelajar yang memerlukan sekali gus merealisasikan impian mereka untuk mendapat pendidikan tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Pengerusinya Datuk Seri Dr Ooi Eng Hock berkata kira-kira 30 hingga 40 pelajar daripada USM dan UOW Malaysia KDU Penang akan menerima bantuan kewangan itu awal tahun hadapan.- Foto FB Chow Kon Yeow
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
City U, LZS santuni 110 pelajar asnaf sempena Ramadan
City U dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni 110 orang pelajar-pelajar asnaf dalam dalam usaha berkongsi rezeki pada bulan Ramadan ini menerusi Majlis Iftar City U.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
MAIWP salur RM19.03 juta sumbangan Ihya' Ramadan
MAIWP salur RM19.03 juta dana zakat menerusi sumbangan lhya' Ramadan kepada 871 masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tahun ini.
SPCAAM gesa PM arah majikan beri bantuan sebulan gaji
Katanya, pemberian itu akan memperkasa pekerja golongan B40 dan M40 dalam meraikan sambutan serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
JBPM peruntuk lebih RM2 juta perkasa pasukan bomba sukarela
Terdapat 367 PBS di seluruh negara dengan lebih 8,000 keanggotaan, setakat Disember lepas.
Kanada tangguh dana UNRWA Palestin, terus pembiayaan kepada agensi lain di Gaza
Kanada meneruskan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza pada Selasa dengan menyediakan dana sebanyak CAN$40 juta (RM141 juta) untuk pelbagai agensi.