HAINAN: Persaingan teknologi seharusnya menjadi antara agenda utama untuk perbincangan di peringkat tertinggi, setanding dengan wacana mengenai hal-hal keselamatan dan ekonomi am, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata dengan perlumbaan semasa yang tertumpu pada teknologi canggih seperti ditunjukkan dalam persaingan dalam industri semikonduktor, pesaing yang akan mendahului dalam hal ini boleh menjadi sama ada produktif atau destruktif.
"Justeru, izinkan saya mengulangi bahawa persaingan yang tiada halangan mesti memberi laluan kepada kerjasama yang penuh semangat," katanya dalam sesi pleno di Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) di sini hari ini.
Beliau berkata dalam memperakui keperluan setiap negara untuk melindungi hak harta inteleknya dan cuba untuk terus mendahului persaingan, penghadang tertentu perlu diwujudkan supaya persaingan tidak membawa kepada perpecahan dalam dunia teknologi yang hanya akan meningkatkan kos dan menghalang kemajuan.
Anwar berkata Malaysia telah memperkenalkan konsep Malaysia MADANI sebagai satu ekspresi hasrat untuk menempa laluan negara berdasarkan acuan sendiri kerana ia mewujudkan sebuah negara insani selaras dengan nilai ketamadunannya.
"Dalam pengertian ini, ia juga falsafah negara kita yang berpaksikan enam nilai teras: kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah dan belas kasihan," katanya.
Daripada falsafah inilah, Anwar berkongsi pemikirannya tentang cara mencapai perpaduan dan kerjasama untuk pembangunan di tengah-tengah cabaran.
Beliau berkata dunia harus memberi tumpuan kepada nilai-nilai yang menyatukan rakyat sebagai keluarga insani dan bukannya nilai-nilai yang memecahbelahkan.
"Etika, keikhlasan dan integriti dalam berurusan dengan rakan kongsi dalam situasi dua hala dan pelbagai hala harus diutamakan," katanya.
Perdana Menteri berkata konsep akauntabiliti demokrasi juga harus diutamakan dan bukannya sekadar melontarkan slogan atau istilah "demokrasi" yang telah digunakan sebagai cara mengkategorikan negara-negara mengikut standard yang agak sembarangan.
"Pada fikiran saya, 'akauntabiliti demokratik' menyarankan pemimpin bertanggungjawab kepada semua lapisan rakyat, menyediakan taraf hidup yang lebih baik, ketelusan dalam proses membuat keputusan dan amalan menyeluruh tadbir urus yang baik dan berkesan," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata rakyat biasa dengan bebanan terpaksa menyediakan makanan dan ketidaktentuan ketara dan mendesak yang dihadapi juga tidak boleh dilupakan.
Beliau berkata gaji/upah masih kekal sebagai satu bentuk pendapatan utama bagi majoriti penduduk dunia tetapi menurut Laporan Gaji Global Pertubuhan Buruh Antarabangsa 2022-2023, gaji/upah dan kuasa beli isi rumah telah "merosot dengan ketara" disebabkan oleh COVID-19 dan inflasi global. .
Anwar berkata dalam ketiadaan tindak balas dasar yang mencukupi, masa depan terdekat akan menyaksikan kejatuhan mendadak dalam pendapatan benar dan peningkatan ketidaksamaan yang boleh mencetuskan lagi kekacauan sosial.
"Sehubungan itu, kita harus bekerjasama rapat dalam semangat kerjasama dan perpaduan, berusaha ke arah mengurangkan ketidaksamaan, menggalakkan keadilan sosial dan meningkatkan taraf hidup untuk semua.
"Sebagai penutup, sekiranya kita terus bekerjasama, bercakap dalam suara yang bersatu dan bertukar-tukar idea mengenai strategi dan amalan dasar terbaik, kita boleh berusaha ke arah Asia yang lebih kukuh dan berdaya tahan," tambahnya.
Forum Boao bagi Asia ialah organisasi bukan kerajaan dan bukan untung antarabangsa yang dimulakan oleh 29 negara anggota dan Boao ialah venue tetap untuk persidangan tahunan itu.
Penyertaan Anwar dalam BFA 2023 juga bertepatan dengan ulang tahun ke-10 peningkatan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China sejak 2013.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Boao Golden Coast.
Anwar akan berlepas dari Hainan ke Beijing pada tengah hari untuk meneruskan lawatan rasminya dan dijadualkan bertemu Presiden China Xi Jinping.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Anwar berkata dunia harus memberi tumpuan kepada nilai-nilai yang menyatukan rakyat sebagai keluarga insani dan bukannya nilai-nilai yang memecahbelahkan. -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.