Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang merentasi perbezaan kaum, agama dan gender tidak pernah luntur, malah barangkali menjadi lebih penting hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata lebih 60 tahun lepas, negara ini berjuang untuk mendapatkan kemerdekaannya dan usaha itu tidak mungkin berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dan sokongan dari seluruh negara.
Oleh itu, kata beliau, dalam era pertumbuhan dan pembangunan ini, rakyat Malaysia tidak boleh sekali-kali lupa untuk merenung kembali apakah yang membawa negara ini ke tahap yang dikecapinya sekarang.
"Sekiranya kita ingin terus memajukan negara kita ini dengan berkesan, kita tidak boleh sekali-kali melupakan nilai yang membawa kita ke tahap ini sekarang," katanya dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.
Beliau berkata, pada hari ini 60 tahun lepas, Perdana Menteri Britain ketika itu, Harold Macmillan menyuarakan harapannya agar hari kemerdekaan Malaya akan dikenang rakyat untuk selama-lamanya.
"Pada pendapat saya, menyifatkan tahun 1957 sebagai masa yang menyaksikan perubahan mengagumkan adalah sesuatu yang tidak begitu tepat.
"Sebenarnya, ia memberi peluang kepada kita untuk mengemudi negara kita ini dengan bebas serta mengikut hasrat dan prinsip rakyat, sesuatu yang kita sering kali memandang ringan," kata Nancy.
Justeru, beliau menggesa semua rakyat Malaysia supaya tidak sekali-kali melupakan pelbagai kejayaan yang dicapai negara ini dengan satu suara dan satu nada.
Katanya, rakyat Malaysia bertanggungjawab meneroka peluang baharu untuk terus maju agar nenek moyang mereka berasa bangga, di samping menghadiahkan kepada generasi akan datang sebuah negara yang sejahtera serta makmur sebagai tempat tinggal mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2017
![Perpaduan rakyat Malaysia lebih penting hari ini - Nancy Perpaduan rakyat Malaysia lebih penting hari ini - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41486482893_JalurGemilang.jpg)
Rakyat Malaysia bertanggungjawab meneroka peluang baharu untuk terus maju agar nenek moyang mereka berasa bangga, di samping menghadiahkan kepada generasi akan datang sebuah negara yang sejahtera serta makmur sebagai tempat tinggal mereka.
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
![Amanat Hari Kebangsaan, PM ingatkan rakyat hargai kemerdekaan - Pemimpin negeri Amanat Hari Kebangsaan, PM ingatkan rakyat hargai kemerdekaan - Pemimpin negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661909066_HariKebangsaan.jpg)
Amanat Hari Kebangsaan, PM ingatkan rakyat hargai kemerdekaan - Pemimpin negeri
Amanat Hari Kebangsaan 2023 antara lain menekankan soal perpaduan dalam mempertahan kemerdekaan negara bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara hebat.
![Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691918750_AmarAwangTengahAl.jpg)
Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah
Kebebasan penting bagi memastikan Malaysia dibentuk tanpa pengaruh luar, sekali gus memastikan negara berada di landasan yang betul.
![Usaha pupuk perpaduan perlu untuk tangkis hasutan - Sultan Nazrin Usaha pupuk perpaduan perlu untuk tangkis hasutan - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691210867_SultanNazrinShah.jpg)
Usaha pupuk perpaduan perlu untuk tangkis hasutan - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah, usaha memupuk perpaduan semakin diperlukan ketika ini untuk menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.
![Nelayan berarak di laut semarakkan Hari Kebangsaan Nelayan berarak di laut semarakkan Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661875200_TBNELAYANPATRIOTIK.jpg)
Nelayan berarak di laut semarakkan Hari Kebangsaan
Sebanyak 40 sampan nelayan mengadakan perarakan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar perairan Jeti Sungai Gelugor ke Pulau Kazambo berhampiran Jambatan Pulau Pinang.
!['Saya dihujani peluru musuh ketika diserang hendap' - Bekas perajurit 'Saya dihujani peluru musuh ketika diserang hendap' - Bekas perajurit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661845781_KoperalOthmanShaar.jpg)
'Saya dihujani peluru musuh ketika diserang hendap' - Bekas perajurit
Perasan rindu dan bayangan wajah isteri dan anak bermain di mata selepas dimaklumkan operasi mengawal Empangan Gubir di Kedah, tamat pada hari itu.
![Sambutan hari kemerdekaan perlu diperhebat - Annuar Sambutan hari kemerdekaan perlu diperhebat - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661122748_TBjalurgrmilang.jpg)
Sambutan hari kemerdekaan perlu diperhebat - Annuar
Annuar menjelaskan ia termasuk sambutan di kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri, kampung, sekolah dan komuniti.
![Kemerdekaan: Rakyat perlu amalkan semangat toleransi, kasih sayang demi keamanan negara Kemerdekaan: Rakyat perlu amalkan semangat toleransi, kasih sayang demi keamanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659705490_TBsaarani.jpg)
Kemerdekaan: Rakyat perlu amalkan semangat toleransi, kasih sayang demi keamanan negara
Usaha mendapatkan kemerdekaan itu suatu perjuangan, tetapi mempertahankan kemerdekaan juga adalah satu perjuangan.
![Veteran UMNO cadang kerajaan wujudkan majlis kerukunan politik negara Veteran UMNO cadang kerajaan wujudkan majlis kerukunan politik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630749360_PemenangMohdYusso.jpg)
Veteran UMNO cadang kerajaan wujudkan majlis kerukunan politik negara
Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata rukun-rukun politik itu boleh dijadikan tiang negara dan panduan kepada semua ahli serta pertubuhan politik.
![Kenapa perlu membezakan 'semangat' 31 Ogos dan 16 September? Kenapa perlu membezakan 'semangat' 31 Ogos dan 16 September?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597288697_TBKOIRDBKLBENDDERA.jpg)
Kenapa perlu membezakan 'semangat' 31 Ogos dan 16 September?
31 Ogos adalah tarikh keramat negara meraikan kemerdekaan tidak perlu dibeza-bezakan di antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang merupakan sebahagian daripada Malaysia pada hari ini.
![Di sebalik kemerdekaan: Orang kampung pernah diculik, polis dibunuh - Veteran polis Di sebalik kemerdekaan: Orang kampung pernah diculik, polis dibunuh - Veteran polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630399896_TBVETERANPOLISMERDE.jpg)
Di sebalik kemerdekaan: Orang kampung pernah diculik, polis dibunuh - Veteran polis
"Melihat darah dan mayat empat rakan setugas membuatkan saya sentiasa sedih sehingga ke hari ini," kata Abdullah Othman, 92.