LAWAS: Rakyat terutama generasi muda perlu melihat kemerdekaan bukan hanya bebas daripada penjajah semata-mata, sebaliknya sebuah kebebasan untuk rakyat sendiri mencorak negara seterusnya menjamin kehidupan lebih baik untuk generasi akan datang.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kebebasan penting bagi memastikan Malaysia dibentuk tanpa pengaruh luar yang mempunyai agenda sendiri sekali gus memastikan negara berada di landasan yang betul untuk terus maju.
"Kita harus pastikan anak bangsa kita punyai nilai baik dengan adat resam, sopan santun dan akhlak baik selain keteguhan sosial. Kita harus punyai keyakinan diri, tanamkan diri kita bahawa kita boleh buat sesuatu lebih baik dari hari ini dan esok akan lebih cemerlang.
"Hasrat kita bukan hanya untuk merdeka, kita mahu kebebasan untuk negara dan negeri agar dapat dibangun ikut acuan sendiri, kita mahu terus maju ke depan dengan cara sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melepaskan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Integrasi melibatkan 70 peserta dari Sabah, Sarawak dan Labuan di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Sabah Jainisah Mohd Noor, Pengarah Japen Sarawak Jaafar Jantan dan Pengarah Japen Labuan Azman Sipan.
Konvoi KMJG 2023 yang bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia telah bermula di Sipitang, Sabah pada Sabtu dan singgah di Lawas pada Ahad.
Awang Tengah berkata dalam membentuk negara ini, usaha inklusif Malaysia yang memberikan perhatian kepada setiap kaum dan kawasan perlu diteruskan bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati keamanan serta kemakmuran.
"Kita mahu pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada suatu tempat atau kawasan, ia harus melibatkan semua kawasan dan kaum. Sebab itu perlu bagi Sarawak dan Sabah diberi peruntukan saksama," katanya.
Beliau berkata rakyat juga harus menghayati prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara supaya dapat bersama-sama membentuk Malaysia menjadi negara terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023

Awang Tengah menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Infiesta Integrasi dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 di Tebingan Sungai Lawas, Lawas, 13 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Keakraban dalam kepelbagaian terjemah 'wajah' Malaysia
Ramai netizen menyifatkan kemesraan mereka sebagai nilai persahabatan yang penuh rasa hormat tanpa mengira batasan kaum.

Hari Kebangsaan: Tidak berkira hias rumah, kereta sejak 24 tahun lepas
Kandapan juga cukup terkenal dengan keretanya yang turut dihiasi Jalur Gemilang, bendera Johor dan semua negeri serta pelbagai pelekat imej bertemakan kemerdekaan termasuk wajah pemimpin negara.

Kembara Memorial: Promosi semangat patriotik, arkib memorial sebagai 'edutourism'
Arkib Memorial merupakan salah satu lokasi bagi mendidik anak-anak muda menjadi warganegara yang tinggi semangat patriotik.

Amanat Hari Kebangsaan, PM ingatkan rakyat hargai kemerdekaan - Pemimpin negeri
Amanat Hari Kebangsaan 2023 antara lain menekankan soal perpaduan dalam mempertahan kemerdekaan negara bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara hebat.

Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah
Kebebasan penting bagi memastikan Malaysia dibentuk tanpa pengaruh luar, sekali gus memastikan negara berada di landasan yang betul.

Usaha pupuk perpaduan perlu untuk tangkis hasutan - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah, usaha memupuk perpaduan semakin diperlukan ketika ini untuk menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.

Nelayan berarak di laut semarakkan Hari Kebangsaan
Sebanyak 40 sampan nelayan mengadakan perarakan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar perairan Jeti Sungai Gelugor ke Pulau Kazambo berhampiran Jambatan Pulau Pinang.

'Saya dihujani peluru musuh ketika diserang hendap' - Bekas perajurit
Perasan rindu dan bayangan wajah isteri dan anak bermain di mata selepas dimaklumkan operasi mengawal Empangan Gubir di Kedah, tamat pada hari itu.

Sambutan hari kemerdekaan perlu diperhebat - Annuar
Annuar menjelaskan ia termasuk sambutan di kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri, kampung, sekolah dan komuniti.

Kemerdekaan: Rakyat perlu amalkan semangat toleransi, kasih sayang demi keamanan negara
Usaha mendapatkan kemerdekaan itu suatu perjuangan, tetapi mempertahankan kemerdekaan juga adalah satu perjuangan.