ALOR SETAR: Perasan rindu dan bayangan wajah isteri dan anak bermain di mata selepas dimaklumkan operasi mengawal Empangan Gubir di Kedah, tamat pada hari itu.
Koperal Othman Shaari, seperti juga 13 anggota pasukannya yang lain cukup gembira kerana hari yang dinantikan telah tiba.
Selepas sebulan 'bertemankan' nyamuk dan unggas, Othman yang ketika itu berusia 32 tahun teruja kerana akan pulang ke pangkuan keluarga selepas tugas pasukan akan berganti.
Sebelum bertolak, dia melihat wajah kesemua 13 rakan yang lain ceria dan gembira tatkala menaiki trak tiga tan untuk membawa mereka pulang.
Bagaimanapun, tepat jam 8.30 pagi 20 Januari, 1976, tiba-tiba bertukar menjadi catatan sejarah hitam bagi dirinya dan rakan setugas apabila platun mereka diserang hendap komunis.
"Saya beritahu rakan-rakan saya bahawa kita akan ditimpa malapetaka hari ini, dalam hati saya memang tidak sedap terutamanya ketika menaiki trak daripada belakang pun.
"Saya menyuruh mereka membuka penutup kanvas belakang, jangan ditutup dan bergerak lebih kurang 10 ke 15 minit dari bunyi tembakan. Dugaan saya memang tepat," tambahnya.
"Mereka terus menembak dan tanpa disedari, saya terus jatuh dari tempat duduk," katanya.
Menurutnya, mereka cuba membalas tembakan namun serangan bertali arus dengan peluru yang datang dari arah bukit sekali gus menutup peluang mereka untuk bertindak balas.
"Peluru datang ke arah kami persis air hujan," katanya.
Mengimbau kembali kejadian 46 tahun lalu itu, Othman, 78, dengan nombor 133809 ketika itu bertugas di Rejimen Askar Wataniah Kem 6, Briged Sungai Petani.
Menurut Othman, selama tiga minit selepas serangan bermula, ada antara rakannya yang terpaksa terjun dari trak untuk membalas serangan.
Bagaimanapun, mereka terpaksa melompat semula ke dalam trak apabila serangan yang datang tidak mengizinkan mereka bertindak balas.
BACA KANDUNGAN EKSKLUSIF ASTRO AWANI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022, DI SINI
Selepas 30 minit keadaan mula menjadi sepi, sehingga Staf Sarjan Yusof yang mengetuai kumpulan itu, mula menyerang balas.
KUBU DINDING TRAK
Tetapi, kedudukan mereka yang hanya berkubukan dinding trak bagai memudahkan pihak musuh mengesan menyebabkan beberapa rakan Othman rebah dan mengerang kesakitan.
"Kalau turun bawah habis semua, kami bernasib baik mereka tidak turun ke bawah tetapi selalunya serang hendap ini jarang ada yang hidup, kerana serang hendap kebanyakan akan mati semua tiada yang hidup nasib baik sasaran mereka terlepas.
Selain Othman yang cedera ditembak di belakang, rakannya yang lain terkena tembakan ialah Sarjan Yusof, Koperal Manaf, Koperal Rejab, Prebet Ramli dan Prebet Jamil.
Dalam keadaan gawat itu, beliau terdengar ada rakannya yang cedera menangis meminta pertolongan, malah ada yang terkeluar najis kerana menahan kesakitan.
"Bila jatuh masa meniarap, dalam berbalas tembakan itu sehinggalah keadaan senyap daripada tembakan saya pusing tengok atas matahari, semasa saya pusing baharulah saya nampak darah mula keluar dari belakang saya," tambahnya.
"Saya pegang luka berkenaan sambil mengucap dan selepas itu minta bantuan untuk mengikat bahagian yang luka itu," katanya.
Keadaan kembali reda apabila bantuan tiba dari Kem Gubir yang terletak kira-kira 700 meter dari lokasi serang hendap itu dan pihak musuh terpaksa mengundurkan diri.
Selepas berdepan suasana getir itu, Othman dan pasukannya dibawa keluar menggunakan Land Rover ke Kem Gubir dan diterbangkan ke Hospital Pulau Pinang.
Peluru musuh yang terbenam kira kira enam sentimeter di bahagian atas buah pinggang menyebabkan Othman terlantar selama 48 hari di Hospital Pulau Pinang.
Othman berkata, walaupun tiada jiwa terkorban, peristiwa itu benar-benar mengajarnya erti perjuangan demi mempertahankan maruah negara daripada ancaman musuh durjana.
Hasil siasatan pihak perisikan mendapati sekurang kurangnya 14 pengganas komunis terbabit dalam serang hendap itu.
Hutan Gubir yang digeruni kerana sering meragut nyawa anggota pasukan keselamatan pada tahun 1970-an tetap abadi dalam kenangan Othman.
Beliau kini terus berbakti menjadi Kerani Am Persatuan Veteren ATM Kedah sejak pencen pada tahun 1996.
Kini Othman menetap bersama isteri Zainab Md Akil, 70, serta lima anak dan sebelas cucu di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Aug 30 2022
Menurut Othman, selama tiga minit selepas serangan bermula, ada antara rakannya yang terpaksa terjun dari trak untuk membalas serangan. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
'Saya dihujani peluru musuh ketika diserang hendap' - Bekas perajurit
Perasan rindu dan bayangan wajah isteri dan anak bermain di mata selepas dimaklumkan operasi mengawal Empangan Gubir di Kedah, tamat pada hari itu.