CHUKAI: Orang kampung diculik, polis dibunuh dan ada yang hilang entah ke mana.
Keadaan itu dinyatakan veteran polis Lans Koperal (B) Abdullah Othman, 92, ketika mengenang kesengsaraan sebelum negara mencapai kemerdekaan terutama ketika komunis mengganas di Terengganu.
Mengingat kembali peristiwa itu, Abdullah berkata pada 1949, beliau yang bertugas di Balai Polis Kemasik telah diminta membantu anggota polis diserang Komunis di Kampung Air Jernih, Kemasik, namun apabila tiba di situ, pasukan yang bertempur itu didapati telah meninggal dunia.
"Melihat darah dan mayat empat rakan setugas membuatkan saya sentiasa sedih sehingga ke hari ini. Kejam sungguh mereka (Komunis), bukan sahaja membunuh anggota polis malah menculik orang kampung yang tidak berdosa.
"Kebanyakan mangsa culik tidak dapat ditemukan sama ada hidup atau mati," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Sri Penunjuk, Kijal di sini.
Abdullah yang pernah diminta beberapa pihak untuk berkongsi pengalaman di sebalik kemerdekaan tanah air berkata, jerit perih melawan komunis dan perjuangan memastikan negara bebas daripada cengkaman penjajah berbaloi apabila tiba 31 Ogos 1957.
Ia bukan sahaja tarikh keramat tetapi juga 'tuah' apabila beliau dapat menyaksikan sendiri bendera Union Jack diturunkan pada malam 30 Ogos 1957 dan mendengar laungan 'Merdeka' pada keesokannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Ketika itu perasaan bercampur baur antara gembira dan syukur. Ada yang tidak dapat menahan sebak dan kami saling berpelukan. Air mata saya mengalir laju terkenang pelbagai kejadian di depan mata," katanya dalam nada sebak.
Menurut Abdullah, beliau berpeluang hadir ke majlis menurunkan Union Jack di Padang Kelab Selangor itu kerana sedang menjalani latihan polis hutan di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor dan ditugaskan untuk mengawal keselamatan bermula 30 Ogos 1957 dan keesokannya di Stadium Merdeka.
Abdullah berkata, selepas selesai bertugas di Padang Kelab Selangor, beliau dan anggota polis lain bergegas ke Depot Polis Kuala Lumpur (kini Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur) untuk membuat persiapan sebelum ke Stadium Merdeka dan setiba di sana, beliau dapat menyaksikan ribuan orang ramai telah hadir untuk bersama-sama menyambut kemerdekaan.
"Tepat pukul 12 tengah malam 31 Ogos 1957, ramai yang menyaksikan detik bersejarah itu. Saya cukup berbangga apabila melihat bendera kita dinaikkan dan berkibar megah. Sudah terlalu lama rasanya (ketika itu) menunggu saat pembebasan tanah air.
"Ketika pengisytiharan itu, saya ditempatkan di lokasi yang agak tinggi untuk memantau keadaan keselamatan dan dari situ dapat dilihat dengan jelas seluruh keadaan di dalam stadium," katanya dengan menambah pengalaman tersebut paling berharga buat dirinya sepanjang berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
Bapa kepada empat anak yang saban tahun akan menonton semula detik kemerdekaan menerusi televisyen mahupun Internet dengan ditemani isteri Ngah Jusoh, 88, berkata usia lanjut bukan penghalang untuk beliau menzahirkan semangat patriotik.
Berdasarkan prinsip itu, beliau sering menghiasi kawasan rumahnya dengan Jalur Gemilang sekali gus mengingatkan generasi kini tentang pentingnya menghayati kemerdekaan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
Abdullah yang berkongsi pengalaman di sebalik kemerdekaan tanah air berkata, jerit perih melawan Komunis dan perjuangan memastikan negara bebas daripada cengkaman penjajah berbaloi apabila tiba 31 Ogos 1957. - Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Keakraban dalam kepelbagaian terjemah 'wajah' Malaysia
Ramai netizen menyifatkan kemesraan mereka sebagai nilai persahabatan yang penuh rasa hormat tanpa mengira batasan kaum.
Hari Kebangsaan: Tidak berkira hias rumah, kereta sejak 24 tahun lepas
Kandapan juga cukup terkenal dengan keretanya yang turut dihiasi Jalur Gemilang, bendera Johor dan semua negeri serta pelbagai pelekat imej bertemakan kemerdekaan termasuk wajah pemimpin negara.
Kembara Memorial: Promosi semangat patriotik, arkib memorial sebagai 'edutourism'
Arkib Memorial merupakan salah satu lokasi bagi mendidik anak-anak muda menjadi warganegara yang tinggi semangat patriotik.
Amanat Hari Kebangsaan, PM ingatkan rakyat hargai kemerdekaan - Pemimpin negeri
Amanat Hari Kebangsaan 2023 antara lain menekankan soal perpaduan dalam mempertahan kemerdekaan negara bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara hebat.
Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah
Kebebasan penting bagi memastikan Malaysia dibentuk tanpa pengaruh luar, sekali gus memastikan negara berada di landasan yang betul.
Usaha pupuk perpaduan perlu untuk tangkis hasutan - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah, usaha memupuk perpaduan semakin diperlukan ketika ini untuk menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.
Nelayan berarak di laut semarakkan Hari Kebangsaan
Sebanyak 40 sampan nelayan mengadakan perarakan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar perairan Jeti Sungai Gelugor ke Pulau Kazambo berhampiran Jambatan Pulau Pinang.
'Saya dihujani peluru musuh ketika diserang hendap' - Bekas perajurit
Perasan rindu dan bayangan wajah isteri dan anak bermain di mata selepas dimaklumkan operasi mengawal Empangan Gubir di Kedah, tamat pada hari itu.
Sambutan hari kemerdekaan perlu diperhebat - Annuar
Annuar menjelaskan ia termasuk sambutan di kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri, kampung, sekolah dan komuniti.
Kemerdekaan: Rakyat perlu amalkan semangat toleransi, kasih sayang demi keamanan negara
Usaha mendapatkan kemerdekaan itu suatu perjuangan, tetapi mempertahankan kemerdekaan juga adalah satu perjuangan.