KOTA KINABALU: Perolehan tiga helikopter AW139 bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Pemerintahan Armada Timur di sini mampu meningkatkan lagi keupayaan operasi agensi itu dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan perairan negara khususnya Sabah.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata helikopter terbabit membolehkan rondaan penguatkuasaan dilaksanakan bersama aset sedia ada bagi mengukuhkan pengawasan ruang udara di perairan Sabah dan Sarawak seterusnya meningkatkan lagi kekuatan inventori TLDM di Armada Timur.
Beliau berkata dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.
"Pembelian Helikopter AW139 dibuat berpandukan kehendak pengguna akhir iaitu TLDM yang amat memerlukan Helikopter Operasi Maritim (HOM). Keberadaan aset baharu ini juga adalah usaha yang mampu mengekalkan moral serta semangat anggota untuk melaksanakan penugasan operasi yang sentiasa mencabar.
"(Aset) ini dibekalkan lebih awal daripada apa dijadualkan dan berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada agensi dan pihak berkaitan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK) dan Skuadron 503 serta penyerahan operasi HOM di Pangkalan TLDM di sini hari ini.
Hishammuddin berkata Skuadron 503 ditubuh bagi meningkatkan kecekapan pengoperasian HOM selain berperanan melaksanakan beberapa lagi tugasan utama antaranya pemantauan zon maritim Malaysia, operasi pasukan khas serta latihan kru udara dan warga kapal.
Beliau berkata skuadron baharu itu juga akan melaksanakan tugasan sekunder merangkumi operasi mencari dan menyelamat, membantu misi Medical Evacuation, Casualties Evacuation serta membantu misi Humanitarian Assistance and Disaster Relief .
Sebagai permulaan, seramai 25 pegawai dan 92 anggota akan mengoperasikan skuadron baharu itu di empat bahagian iaitu Keselamatan Penerbangan; Operasi dan Latihan; Pentadbiran dan Logistik serta Kejuruteraan Udara.
"Skuadron 503 akan berada di bawah perintah operasi SUKK. Ini penting bagi meningkatkan lagi kecekapan unit pentadbiran, pengurusan logistik dan penguasa operasi penerbangan khususnya di Armada Timur," katanya.
Terdahulu, Hishammuddin dalam ucapannya berkata Kementerian Pertahanan telah memohon untuk melaksanakan perolehan kumpulan kedua Kapal Misi Persisir (LMS) selain komited meneruskan perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) memandangkan aset itu amat diperlukan oleh TLDM.
"Kabinet telah bersetuju agar projek perolehan LCS diteruskan. Sekarang ia telah memasuki proses mobilisasi selama enam bulan seperti disarankan oleh Kabinet. Rundingan dengan pihak OEM dan vendor sedang giat dilaksanakan untuk memastikan projek ini kembali ke landasannya.
"Sebaik sahaja proses mobilisasi selesai, pembinaan fizikal kapal LCS ini akan bersambung semula dalam masa terdekat," katanya.
Hishammuddin juga berkata usaha memelihara keselamatan Sabah akan terus dilipat ganda menerusi beberapa inisiatif baharu termasuk membina kem baharu bagi tentera darat iaitu Kem Lahad Datu yang dimulakan pada tahun ini selain Kem Paradise di Kota Belud.
Katanya pembinaan Pos Luis dan Pos Tibow juga telah siap pada Mei lepas menjadikan jumlah keseluruhan Pos Imbangan di Sabah ialah sembilan manakala tiga lagi bakal dibina iaitu satu di Tawau dan dua di Kalabakan.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja mengecat semula kuarters tentera di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan mengarahkan agar projek tersebut dimulakan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas upacara penyerahan Helikopter Operasi Maritim kepada TLDM di Markas Pemerintahan Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Sepanggar hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.

Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.

Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Reagan Washington
Sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 pada Rabu.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.

Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar
Kaedah itu membolehkan kerajaan membuat penjimatan dari segi keperluan penyelenggaraan dan kerosakan yang menjadi masalah besar ketika ini.

Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol
Misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.

Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.

Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.