SHAH ALAM: Kelewatan proses penyaluran inisiatif Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Klang dan Petaling adalah disebabkan jumlah permohonan yang tinggi daripada mangsa banjir di dua daerah tersebut.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya turut mengesan permohonan bertindih daripada ahli keluarga selain Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir, justeru saringan perlu dilakukan sebelum bantuan tersebut dapat diagih.
"Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang sudah memohon, layak menerima tetapi belum disampaikan BSB kerana terdapat tambahan permohonan yang tinggi di daerah Klang dan Petaling dan secara keseluruhan kita telah menerima 109,000 permohonan yang memerlukan RM109 juta bagi BSB.
"Untuk mengelakkan pertindihan ini dan memastikan kesaksamaan serta keadilan bantuan ini kepada mangsa yang terkesan, pejabat-pejabat daerah dalam peringkat akhir menyelesaikan pemutihan data," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Amirudin berkata buat masa ini BSB disalurkan kepada 1,000 pemohon setiap hari dan pihaknya akan mempercepat proses tersebut dengan menggandakan jumlah bantuan sehingga kepada 3,000 penerima sehari bermula minggu hadapan dan pemberian bantuan itu akan diselesaikan selewat-lewatnya akhir bulan ini.
Beliau berkata hingga kini 55,425 keluarga yang terbabit banjir sudah menerima BSB RM1,000 manakala 13 keluarga yang kehilangan ahli keluarga tersayang akibat bencana itu sudah menerima RM10,000 setiap keluarga.
"Berdasarkan maklumat, terdapat 19 waris yang kehilangan ahli keluarga akibat banjir baru-baru ini layak menerima bantuan RM10,000 dan kita sedang mengesan enam lagi keluarga untuk disalurkan bantuan.
"Secara keseluruhan jumlah keseluruhan yang disalurkan kepada mangsa yang terkesan banjir hingga kini adalah RM55.55 juta," katanya.
Amirudin berkata 14 kerja pemulihan infrastruktur akibat banjir sudah bermula secara berperingkat di tujuh daerah yang melibatkan kerja pembinaan ataupun pemulihan jalan, jambatan serta pembersihan dengan peruntukan RM31.7 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
![Permohonan tinggi di Klang, Petaling punca kelewatan penyaluran BSB Permohonan tinggi di Klang, Petaling punca kelewatan penyaluran BSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640608383_AmirudinShari.jpg)
Amirudin berkata, pihaknya turut mengesan permohonan bertindih daripada ahli keluarga selain Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir. - Gambar fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Permohonan tinggi di Klang, Petaling punca kelewatan penyaluran BSB Permohonan tinggi di Klang, Petaling punca kelewatan penyaluran BSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640608383_AmirudinShari.jpg)
Permohonan tinggi di Klang, Petaling punca kelewatan penyaluran BSB
Amirudin berkata, pihaknya turut mengesan permohonan bertindih daripada ahli keluarga selain Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir.