PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan mula mendengar permohonan semakan semula hukuman mati yang dikemukakan oleh banduan akhir hari ini di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847).
Sebelas permohonan dijangka didengar hari ini manakala 14 lagi pada Khamis.
Peguam Guok Ngek Seong, ketika dihubungi Bernama, berkata permohonan anak guamnya Teh Hock Leong adalah yang pertama dalam senarai untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan.
Teh adalah banduan akhir yang berdepan hukuman mati selama 20 tahun selepas disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2003 kerana mengedar 580.3 gram dadah jenis metamfetamina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dia telah mengemukakan rayuan di semua peringkat dan meringkuk dalam penjara sejak 1999 iaitu selama lebih 24 tahun.
Rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah ditolak masing-masing pada 14 Mei 2008 dan 23 Okt 2009.
Guok dan peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mewakili Teh, 52, yang berpeluang merayu agar hukuman mati terhadapnya digantikan dengan pemenjaraan apabila Mahkamah Persekutuan bersidang hari ini.
Mengikut peruntukan Akta 847 yang berkuat kuasa 12 Sept lepas, Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa budi bicara untuk menyemak semula kes membabitkan hukuman mati.
Ini susulan penguatkuasaan undang-undang baharu iaitu Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai lepas.
Di bawah undang-undang itu, hukuman mati mandatori bagi kesalahan seperti mengedar dadah dan membunuh telah dihapuskan.
Undang-Undang itu memberi pilihan kepada hakim sama ada mengenakan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, pesalah boleh juga dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali bagi banduan lelaki berusia di bawah 50 tahun.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh pada awal minggu lepas memaklumkan Dewan Rakyat bahawa Mahkamah Persekutuan telah menerima sejumlah 924 permohonan semakan semula hukuman mati setakat 31 Okt lepas.
Beliau berkata pemfailan dan pendengaran permohonan semakan semula hukuman mati itu akan diadakan secara berperingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Mengikut peruntukan Akta 847 yang berkuat kuasa 12 Sept lepas, Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa budi bicara untuk menyemak semula kes membabitkan hukuman mati. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Permohonan semakan semula hukuman mati banduan akhir mula didengar hari ini
Sebelas permohonan dijangka didengar hari ini manakala 14 lagi pada Khamis.