KUALA LUMPUR: Permohonan notis merah Interpol ke atas dua individu termasuk menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan masih dalam proses dilengkapkan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata terdapat beberapa isu teknikal yang kini masih dalam proses dikemas kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Apabila kami dapat lengkapkan ia (notis merah Interpol) kami akan buat permohonan rasmi kepada Interpol kembali," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
Bulan lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memberitahu media bahawa Muhammad Adlan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
Sebelum ini, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua individu terbabit meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 dan 21 Mei lepas, dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.
Mengulas mengenai siasatan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How menghina agama Islam dengan mentafsir sendiri ayat al-Quran, Ayob Khan berkata dua laporan polis telah diterima berhubung kes itu.
"Lee telah selesai diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada Selasa lepas dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Sebelum ini, Lee memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau memetik ayat al-Quran dalam satu video di laman media sosialnya baru-baru ini dan menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak berniat menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Mengenai perkembangan siasatan dakwaan kes gangguan seksual dan fitnah membabitkan pendakwah bebas serta pempengaruh media sosial The Mondy Tattoo, Ayob Khan berkata setakat ini 10 individu telah selesai memberi keterangan dan beberapa individu lagi akan dipanggil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berucap pada majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di PULAPOL hari ini. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jho Low masih dalam senarai orang dikehendaki polis Singapura
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low kekal sebagai orang dikehendaki oleh polis Singapura, demikian menurut akhbar 'The Edge Singapore' yang memetik jurucakap polis negara itu.