Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) akan meneruskan agenda pemerkasaan anak muda melalui inisiatif "mendaya-upaya gerakan belia" di segenap peringkat, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Dalam perutusan bersempena Hari Belia Negara pada Jumaat, beliau berkata selain agenda itu, KBS juga akan memastikan kualiti kesejahteraan hidup warga belia terpelihara dan mengisi hasrat penciptaan peluang pekerjaan.
"KBS memperuntukkan RM8 juta kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan Persatuan-Persatuan Belia Kebangsaan, termasuk persatuan seperti Gerakan Belia 4B Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Felda, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).
"KBS akan memastikan kualiti kesejahteraan hidup warga belia akan terpelihara, dengan memberikan fokus kepada sembilan bidang keutamaan belia, seperti yang terkandung di dalam Dasar Belia Malaysia (DBM)", katanya.
Menurut beliau, KBS juga akan mengisi hasrat penciptaan peluang pekerjaan, termasuk bidang baharu yang ditakrifkan sebagai "kerja masa depan" dan akan menggunakan sepenuhnya apa sahaja ruang yang ada dalam menentukan isu-isu berkaitan belia dapat ditangani dengan baik dan berkesan.
Reezal Merican berkata KBS telah menggerakkan jaringan kerjasama dengan beberapa buah kementerian bagi memastikan isu seperti pengangguran, agenda memperluas peluang peningkatan kemahiran dan latihan semula, pewujudan latihan dan dana keusahawanan kepada belia, dapat dijayakan dengan lebih kemas dan bersepadu.
Katanya Malaysia mampu melalui senario pasca-COVID-19 dengan tabah dan cekal serta percaya para belia mempunyai kecerdasan, kepintaran dan ketangkasan untuk berdepan dengan sebarang dugaan.
"Belia Malaysia yang memiliki semangat kesungguhan, iltizam, keyakinan, komitmen dan daya tahan untuk berdepan segala cabaran dan kesusahan akan menzahirkan 'dekad' yang lebih gemilang untuk Malaysia".
Beliau memaklumkan sambutan Hari Belia Negara 2020 (HBN2020) ditangguhkan ke suatu tarikh lain berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun komitmen KBS membantu warga belia di Malaysia tetap diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
![Permerkasaan anak muda diteruskan - Reezal Merican Permerkasaan anak muda diteruskan - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41585132920_REEZALMERICAN.jpg)
Reezal Merican percaya para belia Malaysia mempunyai kecerdasan, kepintaran dan ketangkasan untuk berdepan dengan sebarang dugaan. - Gambar fail
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024 Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710196464_BidenYoungGeorgia.jpg)
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
![Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657952393_PerdanaMenteriDatu.jpg)
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
![PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616680616_UndiAwalPRN.jpg)
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
![Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630326514_FaizalAzumu.jpg)
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
!['Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK 'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629632526_TBAMIRASYRAFjpg.jpg)
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
![PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/81458018986_Undi.jpg)
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
![Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu... Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628757649_TBBELIA.jpg)
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
![Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624779816_TsKhairilNizam.jpg)
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
![Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617333895_KWSP.jpg)
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
![Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600837914_AnwarIbrahim.jpg)
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.