KUALA LUMPUR: Hubungan perdagangan dua hala di antara Malaysia dengan Turki akan berkembang lebih kukuh menerusi perluasan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara kedua-dua kerajaan, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Menerusi kenyataan di sini pada Rabu, MITI menjelaskan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menekankan pentingnya usaha mempertingkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan sedia ada di antara Malaysia dengan Turki, termasuk menerusi Malaysia-Turki FTA (MTFTA).
BACA: Malaysia tandatangani deklarasi perluas FTA dengan Turki
"Presiden Turki berkata potensi penuh jumlah perdagangan di antara Malaysia dengan Turki masih belum direalisasikan.
"Beliau turut mengatakan perlunya kedua-dua negara bekerjasama rapat untuk melonjakkan jumlah dagangan sedia ada," menurut MITI.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Erdogan di Kompleks Presiden pada Rabu, jelasnya.
Edorgan diiringi Menteri Industri dan Teknologi Turki, Mustafa Varank serta Duta Turki ke Malaysia, Merve Safa Kavakci.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menekankan komitmen Malaysia untuk membolehkan import dari Turki mengakses pasaran Malaysia, tambah MITI.
Menurut kementerian itu, beliau juga mengatakan perluasan FTA sedia ada penting untuk memudahkan dan meningkatkan eksport Turki ke Malaysia.
Semasa kunjungan hormat itu, Mohamed Azmin menjelaskan dalam mengukuhkan mandat berkaitan perdagangan, pemeteraian Deklarasi Bersama mengenai Perluasan MTFTA tersebut menandakan komitmen tegas untuk terus menerajui liberalisasi progresif apabila bentuk dasar perlindungan baharu dilaksanakan, jelas MITI.
Menurut kementerian itu Malaysia dan Turki telah menandatangani deklarasi berkenaan pada Selasa untuk memperkukuh mandat dalam meneruskan perluasan perjanjian berkenaan agar ia merangkumi aspek perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang.
Menurut MITI mengenai pertahanan pula, kedua-dua pihak pada Rabu bersetuju untuk meningkatkan inisiatif kerjasama bagi manfaat bersama yang akan mendorong kemajuan teknologi di Malaysia dan Turki.
"Presiden Turki juga mengatakan terdapat 14 Memorandum Persefahaman (MoU) dalam sektor pertahanan, yang ketika ini sedang dilaksanakan.
"Beliau berkata merealisasikan semua MoU ini adalah amat penting untuk memastikan kedua-dua negara benar-benar meraih manfaat daripada pengaturan berkenaan," jelas MITI.
Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pihak bersetuju bahawa pengaturan perdagangan utama seperti perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) boleh berfungsi sebagai alat pelengkap untuk syarikat Turki melabur dan beroperasi di Malaysia, memandangkan mereka akan memperoleh manfaat daripada keutamaan yang diberikan dalam perjanjian tersebut apabila mengeksport ke ASEAN, Jepun, Korea, China, Australia dan New Zealand.
MITI menjelaskan Malaysia dan Turki juga sepakat untuk mengadakan mesyuarat khusus dalam tempoh terdekat, antara pegawai yang berkenaan, bagi membincangkan secara lebih teliti mengenai perjanjian swap mata wang dua hala.
"Presiden dan Menteri Kanan juga mengatakan bahawa terdapat mesyuarat antara bank pusat kedua-dua negara pada 30 Jun, 2021 mengenai perkara ini dan menzahirkan harapan bagi kemajuannya," tambah kementerian itu.
Selain itu, Presiden Erdogan menyampaikan solidariti Turki bersama-sama dengan Malaysia dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.
"Beliau turut menunjukkan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mencapai pengaturan pengiktirafan bersama ke atas vaksin," menurut MITI.
Pertemuan itu berakhir dengan nada positif apabila Edorgan dan Mohamed Azmin mengulangi keyakinan mereka bahawa Malaysia dan Turki akan terus memupuk dan memperkukuh lagi hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dua hala.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021

Azmin ketika pertemuan dengan Erdogan dalam kunjungan hormat di Kompleks Presiden di Turki pada Rabu. -Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.

Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.

Perdagangan Malaysia pada 2024 catat nilai tertinggi baharu RM2.88 trilion - MITI
MITI berkata eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion.