Malaysia perlu memperluas peranannya dalam mempertahankan ketuanan Palestin yang kini menjadi cabaran global di peringkat antarabangsa.
Timbalan Presiden WeMalaysia Australia, Nur Naqiuddin Mdd Nordin berkata, usaha itu pasti berjaya seandainya disulami sokongan padu rakyat dan pemimpin tanpa mengira latar belakang politik.
"Amatlah bersesuaian dengan amalan demokrasi negara yang turut serta memastikan konflik ini menemui jalan penyelesaian.
"Justeru, keprihatinan dan rasa ambil tahu rakyat Malaysia terhadap isu ini haruslah dipuji kerana ia mencerminkan masyarakat kita yang semakin peka berhubung isu kemanusiaan.
"Walau apa pun usaha pemimpin negara terutama negara Islam di peringkat antarabangsa, rakyat Malaysia diseru mendoakan yang terbaik agar Palestin bebas daripada kezaliman dan mendapat keadilan sewajarnya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Rakyat Palestin rai resolusi PBB tolak pengiktirafan Trump berkaitan status Baitulmaqdis
BACA: Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya - TPM
Rakyat Palestin sebelum ini mengalu-alukan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Nabil Abu Rdineh, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, dalam satu kenyataan menyebut resolusi itu menzahirkan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap hak-hak rakyat Palestin.
Dalam pada itu kata Nur Naqiuddin, suara menentang pengumuman Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel telah mendapat perhatian meluas seluruh dunia.
"Rata-rata menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan melulu Trump yang mengumumkan perkara ini yang diibaratkan seperti mencurah minyak ke dalam api.
"Tindakan beliau telah mencetuskan suasana tegang sehingga ada yang mentafsirkan pengumuman tersebut mempunyai agenda tersembunyi yang cuba mengaburi mata dunia terhadap ketuanan Palestin," ujarnya.
BACA: "Terima kasih kerana masih bersama Palestin walaupun diugut Trump"
BACA: Biar badan dikerat, Palestin tetap dipertahan - PM Najib
Tegasnya, konflik Palestin-Israel sewajarnya diselesaikan dalam bentuk yang lebih diplomasi dan bukannya menambah keparahan sedia ada.
"Perkara ini menjadikan kebimbangan dunia, iaitu Palestin masih tidak diberi keadilan yang sebenar.
"Malaysia sejak dahulu lagi memperjuangkan isu ini di peringkat antarabangsa dan merupakan negara yang lantang menyuarakan kedaulatan Palestin.
"Malaysia juga telah diangkat sebagai negara penyumbang terbesar misi bantuan kemanusiaan dunia terutama di Palestin," katanya.
Tambahnya, perhimpunan solidariti yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Disember yang lepas juga membuktikan kepada dunia sokongan negara yang berterusan dalam isu berkenaan.
"Sesuatu yang menarik, perhimpunan ini telah memberi peluang kepada Datuk Seri Najib mewakili Malaysia menyatakan pendirian negara mempertahankan bumi Palestin daripada terus ditindas.
"Menjadi hasrat kita semua melihat usaha Malaysia bernaung di bawah satu suara sekali gus memberikan gambaran bahawa Malaysia amat mengutamakan keamanan sejagat," jelasnya.
Astro Awani
Fri Dec 29 2017

NUR NAQIUDDIN: Keprihatinan dan rasa ambil tahu rakyat Malaysia terhadap isu ini haruslah dipuji. - Gambar WeMalaysia

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.