KANGAR: Perlis menjadi negeri terawal berjaya melaksana Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan cemerlang dan boleh dijadikan sebagai ikutan, kata Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ANMS telah bermula di negeri itu menerusi visi yang dibawa Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menerusi program kayuhan basikal dan tranfomasi Kampung Seberang Ramai, di Kuala Perlis.
"Kalau ingin melihat perlaksanan ANMS yang berjaya, kita tidak perlu pandang jauh kerana semua telah ada di sini (Perlis)," katanya ketika berucap pada perasmian ANMS Peringkat Negeri Perlis di Dataran Dato' Sheikh Ahmad hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin berkenan merasmikan majlis tersebut. Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Khairy berkata jelajah kayuhan basikal yang dinaungi Tuanku Raja Perlis bukan hanya sekadar berkayuh tetapi turut melawat kampung sekitar negeri itu.
Katanya peluang pembangunan ekonomi secara langsung akan meningkatkan tahap kesihatan masyarakat, apabila mereka mempunyai kemampuan dari segi kewangan kerana soal pembangunan ekonomi sangat berkait rapat dengan isu kesihatan.
Khairy berkata soal kebersihan persekitaran juga penting, kerana persekitaran adalah penentu kepada kesihatan dapat mengurangkan ancaman terhadap penyakit.
Sementara itu, Khairy turut menyarankan rakyat di Perlis khususnya warga emas segera mengambil suntikan dos penggalak bagi melindungi diri mereka daripada ancaman COVID-19.
Beliau berkata setakat ini, hanya sekitar 43 peratus populasi dewasa di negeri itu direkodkan telah lengkap mengambil suntikan dos penggalak.
"Sekiranya gelombang baharu datang, mereka berusia 70 tahun ke bawah hanya akan mendapat selsema biasa namun bagi mereka yang lebih berusia, mereka adalah golongan berisiko disebabkan tahap imuniti yang rendah," katanya.
Tambah beliau, sewaktu negara berada dalam fasa peralihan endemik ketika ini, berkemungkinan akan ada gelombang jangkitan baharu dari semasa ke semasa dan walaupun mungkin kes akan meningkat, namun keadaannya tidak akan begitu teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Khairy berkata soal kebersihan persekitaran juga penting, kerana persekitaran adalah penentu kepada kesihatan dapat mengurangkan ancaman terhadap penyakit.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.