KUALA LUMPUR: Terma-terma untuk mentadbir urus perkongsian maklumat risikan kewangan antara negara anggota dalam Financial Intelligence Consultative Group (FICG) sedang dimuktamadkan untuk diterima pakai dan disasar beroperasi sepenuhnya menjelang suku kedua 2023, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat berkata inisiatif serantau ini yang dikenali sebagai Multijurisdictional Anti-Fraud Project dijalankan dengan kerjasama Suspicious Transaction Reporting Office (STRO) Singapura dan Financial Transaction Reports and Analysis Centre (INTRAC) Indonesia memandangkan penipuan bersifat rentas sempadan.
Projek itu bertujuan untuk membina mekanisme tindak balas terhadap kes penipuan yang melibatkan transaksi rentas sempadan antara Unit Perisikan Kewangan (FIU) dalam kalangan ahli FICG, khususnya dalam aspek mengesan, menjejak dan mendapatkan semula dana untuk mangsa, kata BNM dalam Laporan Tahunan 2022 yang dikeluarkan hari ini.
Bank pusat berkata selaku pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, ia berkerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan yang memainkan peranan penting bagi memastikan rangka kerja pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT) yang holistik di dalam negara.
Pelbagai usaha termasuk penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (NCC) dilakukan bagi memacu penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan inisiatif AML/CFT pada peringkat kebangsaan.
Menurut BNM, sehingga akhir tahun 2022, satu pertiga daripada Pelan Hala Tuju NCC 2021-2023 yang merangkumi 67 inisiatif telah selesai atau sedang berlangsung iaitu bagi inisiatif yang berterusan, manakala baki dua pertiga dijangka selesai pada akhir tahun 2023.
Beberapa inisiatif penting yang dilaksanakan pada tahun 2022 termasuklah penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), mengadakan kerjasama secara formal antara Bank dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempertingkatkan amalan penyeliaan serta pelbagai aktiviti kesedaran.
"Pada 2022, BNM juga mempertingkatkan penilaian terhadap bidang AML/CFT yang membimbangkan dan bidang risiko yang tertentu, terutamanya yang telah dikenal pasti daripada hasil penilaian NRA 2020. Secara khusus, BNM menjalankan penilaian terhadap hubungan koresponden, rasuah, penipuan dan sekatan kewangan bersasar.
"Penilaian pematuhan sektor kewangan dalam keperluan menguruskan hubungan koresponden menunjukkan bahawa langkah-langkah yang boleh diterima telah dilaksanakan dan menjadi sebahagian daripada penilaian usaha wajar mereka untuk mengurangkan potensi risiko ML/TF," katanya.
Bagaimanapun, bank pusat berkata, penilaian terhadap keberkesanan langkah-langkah kawalan sektor kewangan dalam menguruskan risiko berkaitan rasuah, penipuan dan sekatan kewangan bersasaran masih terus dijalankan.
Bank pusat berkata Transaksi yang Mencurigakan (STR) berkaitan dengan penipuan dan pengubahan wang haram terus meningkat pada 2022.
Sebanyak 242,914 STR diterima, dengan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding dengan tahun 2021.
"Jenayah berisiko tinggi mewakili kira-kira 70 peratus daripada hasil risikan yang dikemukakan FIU kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan FIU asing. Selebihnya sebanyak 30 peratus melibatkan jenayah lain seperti kesalahan cukai, pemerdagangan orang dan pengiriman wang secara haram.
"Risikan kewangan yang dikemukakan ini telah mendorong kepada tangkapan terhadap 51 individu, pembekuan dan penyitaan aset lebih daripada RM570 juta, serta pengambilan semula hasil berkaitan jenayah yang melibatkan jenayah terancang dan kesalahan cukai sebanyak RM372 juta,'' kata BNM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Inisiatif serantau ini yang dikenali sebagai Multijurisdictional Anti-Fraud Project dijalankan dengan kerjasama STRO Singapura dan INTRAC Indonesia memandangkan penipuan bersifat rentas sempadan. -Gambar fail/Reuters
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia - BNM
Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Malaysia, Kemboja lancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan - BNM
Menerusi jalinan ini, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara boleh membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan melalui kod QR secara masa nyata.
Bank Negara dijangka tidak ikuti penurunan kadar faedah Fed AS - Penganalisis
Bank Negara dijangka tidak mengikuti langkah agresif Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang telah menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Menyamar kakitangan platform e-dagang taktik penipuan terbaru
Menyamar sebagai kakitangan platform e-dagang merupakan taktik terbaru sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang mencatatkan kerugian RM3.92 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.