KUCHING:Semua perkhidmatan klinik pakar secara bersemuka di Hospital Miri ditangguhkan selama lima hari bermula 25 Januari 2021 sehingga 29 Januari 2021.
Keputusan dicapai pihak pengurusan hospital itu selepas 20 kakitangan yang kebanyakannya petugas di unit kecemasan dijangkiti COVID-19.
Kesemua 20 kakitangan tersebut disahkan positif COVID-19 sepanjang 1 Januari sehingga 22 Januari 2021.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing, susulan peningkatan kes melibatkan kakitangan di hospital itu, hampir 200 kakitangan lain yang merupakan kontak rapat kini menjalani kuarantin bagi mengekang penularan wabak itu.
“Kami mahu mengurangkan jumlah individu yang datang ke hospital kerana ketika ini banyak pesakit masih mendapatkan di wad, namun perkhidmatan di wad kecemasan masih beroperasi seperti biasa.
“Justeru, kami menangguhkan beberapa perkhidmatan dan akan membuat temu janji semula dan kami akan pastikan bekalan ubat mencukupi dan kami akan memastikan ubat akan terus dibekalkan,” kata Dr Chin.
Justeru, pihak pengurusan klinik pakar Hospital Miri akan terus berhubung dengan pesakit untuk pengurusan klinikal susulan penangguhan ini.
Pada Jumaat, Miri mencatatkan pertambahan 28 kes positif melibatkan 10 kes daripada Kluster Pasai.
Manakala lima kes dikesan daripada Kluster Jelita diikuti empat kes melibatkan Kluster Rakut dan sembilan kes dikesan menerusi lain-lain saringan COVID-19 di daerah itu.
Fadilah Sulaiman
Fri Jan 22 2021

DR. CHIN ZIN HING: Kami mahu mengurangkan jumlah individu yang datang ke hospital kerana ketika ini banyak pesakit masih mendapatkan di wad. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perkhidmatan klinik pakar secara bersemuka di Hospital Miri ditangguhkan
Semua perkhidmatan klinik pakar secara bersemuka di Hospital Miri ditangguhkan selama lima hari bermula 25 Januari 2021 sehingga 29 Januari 2021.