Mata pelajaran mengenai institusi raja-raja perlu diperkenalkan di peringkat sekolah hingga ke universiti bagi mendidik pelajar mengetahui peranan serta menghormati institusi itu, kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau menjelaskan langkah itu sekaligus dapat membendung tindakan menghina institusi raja-raja dalam kalangan rakyat di negara ini.
"Memandangkan hal sedemikian (menghina institusi raja-raja), saya rasa masanya telah sampai kerana tindakan itu menjadi cerminan kepada kita.
"Perlu ada panduan dan pendidikan yang jelas bagi membendung aktiviti seumpama itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Institusi Raja (Siraj) III: Pemerintahan Diraja Dalam Manuskrip Melayu, di sini, pada Khamis.
Rais memberitahu beliau telah memaklumkan cadangan itu kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.
"Pelajar universiti dan sekolah perlu diberi peluang untuk mempelajari tentang institusi raja-raja dan kandungan nilai yang terkandung di dalamnya," katanya.
Beliau berkata kerajaan perlu tegas dalam menangani tindakan menghina institusi raja-raja dengan mengenakan tindakan lebih tegas sebagaimana yang dipraktikkan oleh kerajaan Thailand terhadap rakyatnya yang menghina institusi raja-raja di negara itu.
Katanya, baru-baru ini dua pelakon terkenal di negara itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun setengah setelah didapati bersalah menghina sistem monarki semasa pementasan persembahan teater.
Pada awalnya, kedua-dua pelakon itu berdepan hukuman penjara lima tahun namun dipendekkan selepas mereka mengaku bersalah.
Terdahulu, dalam ucaptamanya, Rais berkata negara memerlukan pewaris pakar sejarah Melayu bagi menggantikan pakar sedia ada bagi meneruskan kajian budaya serta tamadun Melayu.
"Pakar-pakar seperti Prof Mohd Taib Osman dan Mohamad Mustafa Kamal Yassin memerlukan pewaris bagi menyambung legasi mereka," katanya.
Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan pada seminar sehari itu yang dihadiri 250 peserta terdiri daripada ahli akademik, cendekiawan, pegawai kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bernama
Thu Feb 26 2015
![Perkenalkan subjek institusi raja-raja di sekolah dan universiti - Rais Perkenalkan subjek institusi raja-raja di sekolah dan universiti - Rais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359276993_295x200.jpg)
RAIS: Langkah itu sekaligus dapat membendung tindakan menghina institusi raja-raja dalam kalangan rakyat di negara ini.
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81587790424_TBHuzirMohamed.jpg)
Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.
![Akta Hasutan: PDRM bertindak atas peruntukan sedia ada Akta Hasutan: PDRM bertindak atas peruntukan sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514263777_NoorRashidIbrahim.jpg)
Akta Hasutan: PDRM bertindak atas peruntukan sedia ada
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengambil langkah berlandaskan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan keselamatan negara terancam.
![Jangan ambil mudah institusi raja - Titah Agong Jangan ambil mudah institusi raja - Titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/41504938741_950x600.jpg)
Jangan ambil mudah institusi raja - Titah Agong
Rakyat diminta tidak mengambil mudah dan diperbuat sesuka hati institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan.
![Hormati sensitiviti sebelum keluarkan kenyataan terbuka - TPM Hormati sensitiviti sebelum keluarkan kenyataan terbuka - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528553443_WANAZIZAH.jpg)
Hormati sensitiviti sebelum keluarkan kenyataan terbuka - TPM
Beliau berkata walaupun Malaysia mengamalkan konsep kebebasan bersuara, namun ada sesetengah perkara yang perlu ditapis demi memastikan keamanan negara sedia ada sentiasa terpelihara.
![Sultan Selangor amat dukacita tindakan orang Melayu hasut rakyat benci Raja Sultan Selangor amat dukacita tindakan orang Melayu hasut rakyat benci Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528475328_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor amat dukacita tindakan orang Melayu hasut rakyat benci Raja
Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
![NGO buat laporan polis, dakwa artikel Kadir Jasin menghina raja NGO buat laporan polis, dakwa artikel Kadir Jasin menghina raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527609792_kadirjasin.jpg)
NGO buat laporan polis, dakwa artikel Kadir Jasin menghina raja
Laporan itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut susulan kenyataan Kadir yang dikatakan mengandungi hasutan dan menghina institusi Raja-Raja Melayu.
![Pemanis gesa tindakan tegas terhadap pihak yang menghina institusi raja Pemanis gesa tindakan tegas terhadap pihak yang menghina institusi raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41482385892_DatukMohdZainHamz.jpg)
Pemanis gesa tindakan tegas terhadap pihak yang menghina institusi raja
Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.
![Perkenalkan subjek institusi raja-raja di sekolah dan universiti - Rais Perkenalkan subjek institusi raja-raja di sekolah dan universiti - Rais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359276993_295x200.jpg)
Perkenalkan subjek institusi raja-raja di sekolah dan universiti - Rais
Mata pelajaran mengenai institusi raja-raja perlu diperkenalkan di peringkat sekolah hingga ke universiti bagi mendidik pelajar mengetahui peranan serta menghormati institusi itu, kata Rais Yatim.