KUALA LUMPUR: Golongan wanita terus diperkasakan agar penglibatan kumpulan ini ke pasaran buruh lebih meluas bagi mencapai Malaysia sebagai status negara maju.
Dalam masa sama, penglibatan mereka ini amatlah membantu pembangunan negara terutamanya segmen ekonomi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew berkata, bagi merealisasikan hasrat ini, agensi berkenaan akan melancarkan Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2022 bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia dengan membawa hashtag #BreakTheBias.
“Dalam program hampir sebulan bermula hari ini, TalentCorp akan menganjurkan sesi webinar dan program kesedaran tentang kesaksamaan jantina.
“Kami mengalu-alukan wanita pelbagai latar belakang, tidak kira daripada golongan kurang bernasib baik, bakat muda dan baru, golongan profesional dan wanita dalam kumpulan kepimpinan untuk menyertai program ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Program WEM 2022 selama sebulan ini akan menampilkan antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Suriani Ahmad; Pengarah Urusan T. Thavalingam & Co, Datuk Thavalingam C. Thavarajah; Pensyarah Perakaunan dari Loughborough University, United Kingdom, Dr Khairul Ayuni; Presiden Asia Schlumberger, Amy Chua dan Presiden dan Pengasas Society for Equality, Respect And Trust for All (SERATA), Sabrina Aripen.
Kaum wanita yang berminat boleh menyertai program ini secara percuma dengan hanya mendaftar penyertaan menerusi www.talentcorp.my/womenempowermentmonth.
Katanya, program ini seiring matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia 2030 dan Rancangan Malaysia ke-12 bagi mencapai 59 peratus Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (FLFPR) menjelang 2025.
“Asas ini yang membuat TalentCorp meneruskan advokasi untuk wanita dalam tenaga kerja,” katanya lagi.
Pada perasmian ini juga, TalentCorp telah menandatangan lima memorandum persefahaman (MoU) bersama Asia School of Business, Tulips Movement Malaysia, LTT Global Communications, Lean In Malaysia and Girls in Tech Kuala Lumpur.
Kerjasama dengan rakan strategik utama ini akan meluaskan usaha bagi memastikan wanita daripada pelbagai latar belakang kehidupan dapat berkembang maju dalam bidang diceburi tanpa berat sebelah di tempat kerja dan bidang pekerjaan.
Dalam perkembangan sama, TalentCorp juga menubuhkan Majlis Pakar Agenda Wanita (WACE) di mana pakar berkumpul untuk mengusahakan inisiatif bagi menyokong tenaga kerja wanita Malaysia.
Astro Awani
Tue Mar 08 2022
![Perkasa wanita untuk segera capai negara maju Perkasa wanita untuk segera capai negara maju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646740339_HariWanitaSedunia.jpg)
TalentCorp melancarkan Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2022 bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia dengan membawa hashtag #BreakTheBias.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Wanita masih berdepan cabaran walaupun berjaya lakar pelbagai kejayaan dalam ruang digital - Teo Wanita masih berdepan cabaran walaupun berjaya lakar pelbagai kejayaan dalam ruang digital - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709277433_TBTEONIECHINGj.jpg)
Wanita masih berdepan cabaran walaupun berjaya lakar pelbagai kejayaan dalam ruang digital - Teo
Kaum wanita masih menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia digital seperti gangguan, dedah maya (doxing) dan seksisme.
![29.7 peratus wanita, ahli pengarah di 100 syarikat tersenarai awam 29.7 peratus wanita, ahli pengarah di 100 syarikat tersenarai awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687411520_AimanAthirahSabu.jpg)
29.7 peratus wanita, ahli pengarah di 100 syarikat tersenarai awam
Hanya dua kerusi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus untuk 100 syarikat tersenarai awam teratas.
![Taliban sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai larangan wanita bekerja Taliban sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai larangan wanita bekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672110811_Talibanspolygamy.jpg)
Taliban sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai larangan wanita bekerja
Taliban menyambut baik resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat yang mengakui Afghanistan sedang menghadapi pelbagai cabaran.
![Kerajaan sentiasa utamakan golongan wanita - Perdana Menteri Kerajaan sentiasa utamakan golongan wanita - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660562289_IsmailSabriYaakob.jpg)
Kerajaan sentiasa utamakan golongan wanita - Perdana Menteri
Kaum wanita yang telah berjasa terhadap arus pembangunan negara bukan sahaja perlu dihormati tetapi wajar diberi pengiktirafan.
![Perkasa wanita untuk segera capai negara maju Perkasa wanita untuk segera capai negara maju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646740339_HariWanitaSedunia.jpg)
Perkasa wanita untuk segera capai negara maju
Penglibatan kaum wanita membantu pembangunan negara terutamanya segmen ekonomi.
![Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610771883_PhilippinesPresiden.jpg)
Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.
![Dengarlah suara kaum wanita bawa sejahtera ke Sabah Dengarlah suara kaum wanita bawa sejahtera ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598340669_DayangHajaKhatijah.jpg)
Dengarlah suara kaum wanita bawa sejahtera ke Sabah
Peranan golongan wanita dalam membangunkan negeri Sabah ke peringkat lebih tertinggi haruslah diambil kira.
![Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51534044016_AbbyAbadi.jpg)
Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi
Menurut Abby, mereka yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi boleh mencarinya.
![Aplikasi Uber dan Careem pacu ekonomi, perubahan sosial di Arab Saudi Aplikasi Uber dan Careem pacu ekonomi, perubahan sosial di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51441031092_SAUDIARAB.jpg)
Aplikasi Uber dan Careem pacu ekonomi, perubahan sosial di Arab Saudi
Penggunaan aplikasi ride-hailing ini tambah memudahkan kaum wanita berulang-alik ke tempat kerja dengan syarat kenderaan itu dipandu oleh kaum lelaki.