MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang terkenal dengan sikapnya gemar mengeluarkan kenyataan kontroversi, sekali lagi menjadi tumpuan ramai dengan menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu.
Tegas Duterte, kaum Hawa jauh lebih beremosi ketika membuat keputusan berbanding lelaki dan kerana itu golongan berkenaan tidak boleh menjadi pemimpin.
Lantaran keceluparan itu, Duterte dikecam oleh pemimpin wanita di negara yang dipimpinnya itu.
Portal South China Morning Post melaporkan, kaum wanita di negara itu tidak bersetuju dengan pendapat berbaur seksis yang dibuat oleh pemimpin berusia 75 tahun itu.
Pengerusi Akbayan Partylist iaitu parti politik pembangkang Filipina, Etta Rosales mempersoalkan di ‘gua’mana Duterte sedang berlindung ketika mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Jawatan Presiden untuk lelaki? Di ‘gua’ mana Rodrigo Duterte tinggal?
“Presiden merupakan kerjaya untuk orang yang boleh menunjukkan kepemimpinan yang efektif dengan menghormati hak asasi manusia, keadilan dan demokrasi, bukannya kerja untuk orang yang zalim, pemalas dan tidak kompeten,” tegas Rosales.
Sementara itu, Senator Risa Hontiveros yang juga ahli Akbayan turut membidas Duterte dengan mendakwa, kaum wanita Filipina telah membuktikan kehebatan sebagai pemimpin lebih daripada sebagai Presiden.
Bagi pensyarah sains politik dari University of the Philipines, Jean Encinas-Franco, komen Duterte itu jelas menggambarkan keperibadiannya yang misoginistik iaitu tidak suka pada kaum wanita.
“Saya tidak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh beliau, tetapi disebabkan beliau (Duterte) masih lagi bergelar Presiden, ia agak mengejutkan,” kata Jean Encinas-Franco.
Ketika mendakwa kaum Hawa tidak sesuai menjadi pemimpin negara itu, Duterte barangkali terlupa yang Filipina sebelum ini, pernah dipimpin oleh dua Presiden wanita iaitu Gloria Macapagal Arroyo dari 2001 hingga 2010 dan Corazon Aquino (1986 hingga 1992).
Kenyataan kontroversi Duterte itu dibuatnya pada Khamis lalu yang secara tidak langsung menolak spekulasi kononnya beliau sedang mempersiapkan anak perempuannya, Sara Inday Duterte-Carpio untuk bertanding sebagai Presiden pada 2022.
"Jangan bimbang, anak perempuan saya tidak bertanding pada pemilihan tahun hadapan. Saya sudah beritahu Inday jangan bertandingan kerana saya tidak mahu dia lalui apa yang telah saya lalui sepanjang menjadi Presiden. Kesimpulannya, jawatan Presiden bukan untuk wanita," tegas Duterte lagi.
Sara Inday Duterte-Carpio, 42, dalam tinjauan pendapat sebelum ini mendahului tempat teratas sebagai bakal calon Pilihan Raya Presiden 2022.
Dia juga menggantikan bapanmya sebagai Datuk Bandar Davao City.
Agensi
Sat Jan 16 2021
![Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610771883_PhilippinesPresiden.jpg)
Rodrigo Duterte dilaporkan sedang mempersiapkan anaknya, Sara Inday Duterte-Carpio untuk bertanding sebagai Presiden pada 2022. Beliau bagaimanapun menolak dakwaan itu. - Gambar fail REUTERS
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737764748_tbInternationalCrim.jpg)
Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte
Kerajaan Filipina akan beri respons positif sekiranya ICC mengarahkan Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Rodrigo Duterte.
![Duterte tak hadir pendengaran Jawatankuasa Quad mengenai pembunuhan luar bidang kehakiman Duterte tak hadir pendengaran Jawatankuasa Quad mengenai pembunuhan luar bidang kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729592383_RodrigoDuterte.jpg)
Duterte tak hadir pendengaran Jawatankuasa Quad mengenai pembunuhan luar bidang kehakiman
Bekas Presiden Rodrigo Duterte tidak menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Quad House mengenai pembunuhan di luar bidang kehakiman (EJK) yang dikaitkan dengan kempen antidadahnya.
![Filipina tidak akan ambil bahagian dalam siasatan ICC terhadap kempen antidadah Filipina tidak akan ambil bahagian dalam siasatan ICC terhadap kempen antidadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689756689_TBCriminalCourtHag.jpg)
Filipina tidak akan ambil bahagian dalam siasatan ICC terhadap kempen antidadah
Filipina tidak akan mengambil bahagian dalam keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk meneruskan siasatan ke atas kempen antidadah presiden Rodrigo Duterte sebelum ini.
![ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631096927_duterte.jpg)
ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
ICC menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka semula siasatan 'perang dadah' oleh Filipina Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka semula siasatan 'perang dadah' oleh Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674811336_ICC.jpg)
Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka semula siasatan 'perang dadah' oleh Filipina
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menyambung semula penyiasatan terhadap 'perang dadah' oleh Filipina yang menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.
![Wartawan veteran Filipina ditembak mati, kumpulan media tuntut perlindungan Wartawan veteran Filipina ditembak mati, kumpulan media tuntut perlindungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664891504_PercivalMabasaPhi.jpg)
Wartawan veteran Filipina ditembak mati, kumpulan media tuntut perlindungan
Kes tembak yang menyebabkan kematian seorang wartawan radio Filipina, Percival Mabasa memberi tamparan hebat terhadap tahap kebebasan akhbar di negara itu.
![Filipina tolak sertai semula Mahkamah Jenayah Antarabangsa Filipina tolak sertai semula Mahkamah Jenayah Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656981200_FerdinandMarcosJr.jpg)
Filipina tolak sertai semula Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Ini selepas pendakwa raya ICC merancang untuk menyambung semula siasatan ke atas kempen 'perang melawan dadah' kerajaan Filipina sebelum ini.
![Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656568950_FredinanmarcosJr.jpg)
Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Beliau menggantikan Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.