ISLAMABAD: Taliban menyambut baik resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat yang mengakui Afghanistan sedang menghadapi pelbagai cabaran.
Namun, Majlis Keselamatan menyifatkan larangan ke atas wanita bekerja sebagai "isu sosial dalaman," menurut Agensi Anadolu.
Kementerian Luar Afghanistan berkata pentadbiran Taliban menyambut baik sebahagian daripada resolusi yang mengesahkan komitmen Majlis Keselamatan terhadap kedaulatan, kemerdekaan, integriti wilayah dan perpaduan negara Afghanistan.
"Pengakuan resolusi bahawa Afghanistan menghadapi pelbagai cabaran dialu-alukan. Larangan ini merupakan urusan sosial dalaman Afghanistan yang tidak memberi kesan kepada negara luar.
"Kami terus komited untuk memastikan semua hak Wanita Afghanistan dan menekankan bahawa kepelbagaian mesti dihormati dan bukan dipolitikkan,"kata jurucakap kementerian Abdul Qahar Balkhi.
Majlis Keselamatan sebulat suara menerima pakai resolusi yang mengutuk larangan wanita Afghanistan bekerja untuk PBB di Afghanistan dan menggesa Taliban menukar segera dasar dan amalan yang menyekat kebebasan asasi wanita dan gadis.
Resolusi itu diusulkan oleh Emiriah Arab Bersatu dan Jepun -- ahli tidak tetap Majlis -- dan ditaja bersama oleh lebih 90 negara.
Keputusan Taliban melarang wanita bekerja untuk PBB di Afghanistan, sebagai tambahan kepada sekatan awal yang melarang wanita bekerja untuk pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa dan kebangsaan, akan menjejaskan operasi PBB di negara itu, termasuk penyampaian bantuan menyelamatkan nyawa dan perkhidmatan asas kepada golongan yang paling terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
![Taliban sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai larangan wanita bekerja Taliban sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai larangan wanita bekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672110811_Talibanspolygamy.jpg)
Majlis Keselamatan PBB menyifatkan larangan ke atas wanita bekerja sebagai "isu sosial dalaman". - REUTERS
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735168749_PakistanArmy.jpg)
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
![Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725697636_Talibansoldiers.jpg)
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
![Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713357385_tbAfghanwoman.jpg)
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
![Taliban pamer senjata dalam muzium Taliban pamer senjata dalam muzium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709945739_senjata.jpg)
Taliban pamer senjata dalam muzium
Bahagian kecil muzium telah diletakkan pelbagai objek perang yang kini menjadi tarikan pengunjung paling ramai.
![Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705902896_ZABIHULLAHMUJAHID.jpg)
Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban
Seramai empat daripada enam penumpang ditemukan masih hidup selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di Afghanistan.
![Kazakhstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan Kazakhstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651995670_Taliban.jpg)
Kazakhstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan
Taliban yang berdepansekatan PBB kerana keganasan tidak lagi dianggap sebagai organisasi yang diharamkan di Kazakhstan.
![150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan 150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662523236_Afghanistan.jpg)
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
![Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682072388_TBafghan.jpg)
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
![Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703158101_Herizal.jpg)
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
![PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695092634_UnitedNations.jpg)
PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan
Misi diplomatik PBB di Afghanistan telah mendokumentasikan lebih daripada 1,600 kes pencabulan hak asasi manusia semasa penangkapan dan penahanan individu selepas itu.