BISHKEK: Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan bahawa pergerakan Taliban dikeluarkan daripada senarai organisasi terlarang di wilayah Kyrgyzstan.

Keputusan ini bertujuan untuk mengukuhkan kestabilan serantau dan mengekalkan dialog, menurut kenyataan itu.

Kyrgyzstan kekal komited untuk menyokong usaha masyarakat antarabangsa bagi memastikan persekitaran yang stabil dan aman di Afghanistan dan rantau ini secara keseluruhan, menurut kementerian itu.

-- BERNAMA