Semua agensi berkaitan diminta memberi kerjasama kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mendapatkan jaringan data dan statistik yang tepat, terkini dan komprehensif berhubung perkahwinan kanak-kanak.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ini kerana pada masa ini, statistik berkaitan perkara itu berada di bawah beberapa agensi yang berbeza seperti di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta negeri-negeri.
"Kementerian telah memperolehi statistik kanak-kanak berkahwin bagi Muslim daripada JKSM dan bukan Muslim daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Menyedari bahawa statistik berkaitan kini berada di bawah beberapa agensi yang berbeza seperti KDN dan JKSM, dan juga di negeri-negeri, saya amat berharap semua agensi berkaitan dapat bekerjasama dengan kementerian (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) agar jaringan data dan statistik yang tepat, terkini dan komprehensif dapat diwujudkan," katanya.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Selasa.
Katanya kementerian mempunyai dua data berbeza berkenaan perkahwinan bawah umur iaitu sebanyak 968 berumur 12 hingga 20 tahun manakala data kedua melibatkan 212 orang yang berumur 12 hingga 17 tahun sahaja yang berkahwin dengan orang dewasa.
"Dalam hal ini, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, JKSM dan JPN telah mengambil inisiatif untuk mengkonsolidasikan data perkahwinan dan penceraian untuk kegunaan pada masa akan datang," katanya.
Katanya kementerian juga menyambut baik cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak termasuk penetapan had umur minimum bagi perkahwinan dalam semua perundangan kepada 18 tahun, cadangan Rang Undang-undang Had Umur Perkahwinan serta cadangan untuk mengadakan perbincangan bersama Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan umur perkahwinan kanak-kanak di mahkamah sivil dan syariah.
Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk memantau perkhidmatan pengasuh yang diiklankan melalui media sosial dan menggesa masyarakat membuat laporan sekiranya wujud perkhidmatan pengasuh yang mencurigakan di laman media sosial.
"Kementerian menyeru orang awam untuk turut melaporkan melalui Talian Kasih 15999 sekiranya wujud perkhidmatan pengasuh yang mencurigakan untuk diambil tindakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Katanya kementeriannya akan memperkasa sistem daftar kanak-kanak sedia ada bagi memastikan sebarang pekerjaan yang melibatkan urusan dengan kanak-kanak termasuk pengasuh, disaring untuk meminimumkan risiko keselamatan kanak-kanak.
Isu berkaitan pengasuh baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila mayat Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui di dalam bahagian sejuk beku peti ais di kediaman pengasuhnya pada 3 Julai lalu manakala seorang lagi bayi, Naufal Amsyar Nabil Fikri yang berusia 10 bulan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dipercayai terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya pada 21 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018

Dr Wan Azizah berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk memantau perkhidmatan pengasuh yang diiklankan melalui media sosial. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini
Lee Hsien Loong mengakui beliau telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.

Wanita berbapakan Muslim, ibu penganut Buddha, diisytiharkan sebagai bukan Muslim
Tengku Maimun memutuskan Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.

Perkahwinan kanak-kanak: Kementerian perlu statistik tepat, terkini semua agensi
Pada masa ini, statistik berkaitan perkara itu berada di bawah beberapa agensi yang berbeza seperti di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta negeri-negeri.

Sekolah aliran agama Islam perlu dibuka kepada bukan Muslim - Dr Maza
Kaedah itu juga boleh menjadi satu medan dakwah untuk masyarakat bukan Muslim melihat dan memahami kehidupan orang Islam dengan lebih dekat.