Allahyarham Azli Paat sering dikaitkan dengan peralihan alat peranti serta perkembangan gajet terkini semenjak pemergiannya ke hadrat ilahi, namun perjuangan sebenarnya adalah lebih meluas antaranya bantuan dana menerusi teknologi bagi bumi Palestin.
Azli pernah juga dijemput menerusi Debat Awani membincangkan topik bertajuk 'Demi perjuangan Palestin: Kepelbagaian pendekatan dalam masyarakat wajar dijana' pada 2 Disember 2012.
Menurutnya, jika duhulu masyarakat hanya boleh mendapatkan maklumat berkaliber menerusi media massa dan arus perdana, kini lebih ramai yang mempercayai sumber didapati menerusi internet dan media sosial.
“Sebelum media sosial berkembang, kebanyakkan rakyat akan hanya mendapat maklumat daripada media ataupun akhbar-akhbar yang biasanya dikawal oleh mereka-mereka yang berkepentingan.”
“Apabila media sosial ini menjadi begitu meluas, apa-apa saja maklumat yang berlaku di Palestin akan terus dirasakan kepada para pembaca, menerusi video dan sebagainya pada kadar segera,” kata Azli.
Bagaimanapun, langkah berjaga perlu diambil kira kerana teknologi mampu menghancurkan dan pada masa sama menjadi pemangkin terutamanya demi perjuangan membantu rakyat di bumi Palestin.
Menurutnya, teknologi dapat membantu rakyat Palestin dalam pengumpulan dana yang berkesan berbanding cara fizikal dengan memasukkan duit ke dalam tabung.
“Pelbagai cara yang lebih berkesan boleh dilakukan contohnya menggunakan Paypal derma kepada rakyat di Palestin, menggunakan kad kredit mahupun apa-apa cara yang teknologi dapat membantu,” ujarnya.
Beliau berpendapat, teknologi sangat berkesan untuk membantu daripada segi dana dan bantuan kepada rakyat-rakyat di Palestin dalam menyokong pengembalian tanah air mereka daripada pegangan rejim Zionis Israel.
Khairul Wasiril Aswad
Sat Feb 09 2013

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Perjuangan Azli membantu rakyat di bumi Palestin
Allahyarham Azli Paat sering dikaitkan dengan peralihan alat peranti dan gajet terkini, namun perjuangan sebenarnya adalah jauh lebih meluas

Komen Allahyarham Azli Paat berkenaan iPhone 5
Azli Paat sebagai ikon teknologi pernah dijemput pada 13 September 2012 bagi membincangkan tentang fenomena telefon pintar iPhone 5.

Negara hilang usahawan teknologi ulung
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pakar bidang teknologi maklumat (ICT) Azli Paat.

Azli Paat berusaha mendemokrasikan teknologi
Azli Paat yang meninggal dunia pada Rabu akan dikenang sebagai seorang yang selalu berusaha untuk mempermudahkan masyarakat pelbagai lapisan umur menerima perubahan deras arus teknologi.

Azli Paat: Apple mempunyai faktor 'Wow'
Dalam temubual bersama Allahyarham Azli Paat di Agenda Awani, beliau berkata ramai pengguna memilih produk Apple demi gaya dan keunggulan.

Wawancara terakhir Azli Paat bersama Agenda Awani
Semasa menjadi tetamu Agenda Awani pada bulan Disember, Allahyarham Azli Paat berkata iPhone 5 akan merubah cara pengguna menikmati drama, filem dan muzik.

Pemergian pakar ICT Azli Paat turut dirasai PDRM
Kematian usahawan dan pakar bidang teknologi maklumat (ICT) terkenal, Azli Paat, 46 kerana demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, semalam turut dirasai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pakar IT Azli Paat meninggal dunia
Azli merupakan penggerak sistem pesanan ringkas (SMS) di negara ini dan juga merupakan individu yang memperkenalkan Kod DAPAT (32728).
Agenda Awani: Impak iPhone 5 & 4G
Agenda Awani - 13 Dis - impak iPhone 5 & 4G LTE di Malaysia