Perintah Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dikuatkuasakan mulai esok tanpa sebarang penangguhan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Beliau berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa tiada masa yang mencukupi bagi para majikan untuk membayar gaji minimum baharu itu mulai tarikh itu adalah tidak berasas.
Katanya dakwaan bahawa kedudukan ekonomi semasa negara adalah kurang baik juga tidak tepat kerana pelbagai indikator, contohnya pertumbuhan produktiviti buruh bagi tahun 2015 menunjukkan peningkatan kepada RM75,538 daripada RM73,091 pada 2014.
Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi tahun 2015 juga menunjukkan peningkatan positif iaitu sebanyak RM43,435 juta daripada RM35,600 juta pada 2014, katanya.
"Dalam menetapkan kadar gaji minimum baharu ini, kerajaan telah meneliti semua syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan mengambil pendekatan ‘balanced approach’ dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan dan pekerja termasuk kedudukan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Kadar gaji minimum baharu itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Okt 2015.
Riot berkata hebahan mengenai kadar gaji minimum baharu itu telah dibuat menerusi pelbagai saluran oleh kementerian termasuk melalui program libat-urus yang diadakan di seluruh negara sepanjang bulan Jun bagi meningkatkan kesedaran pihak majikan dan kesatuan sekerja berhubung Perintah Gaji Minimum 2016.
Beliau berkata aktiviti penguatkuasaan berhubung pembayaran gaji minimum akan dipergiatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja bagi memastikan perintah itu dipatuhi.
"Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
"Majikan yang melakukan kesalahan berulang boleh dikenakan penalti sehingga RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
Riot berkata pelaksanaan gaji minimum baharu meliputi semua majikan termasuk majikan sektor perhotelan dan mereka dikehendaki membayar gaji minimum iaitu gaji pokok (tanpa elemen caj perkhidmatan) tidak kurang daripada RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia atau RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Katanya majikan berintensifkan buruh disyorkan agar berusaha gigih ke arah mekanisasi dan automasi proses pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing kurang mahir.
"Kerajaan yakin dasar gaji minimum ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat Negara Maju Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020," katanya.
Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 boleh didapati melalui Urus Setia Majlis Perundingan Gaji Negara di talian 03-88865156 atau e-mel minimumwages@mohr.gov.my atau mana-mana Pejabat Tenaga Kerja berdekatan.
Bernama
Thu Jun 30 2016

RIOT: Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.
PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu bahawa Perdana Menteri menegaskan tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan mengugat keharmonian negara.
RM22.28 juta disedia bangunkan infrastruktur jelapang padi di Sabah
Sebanyak RM22.28 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan jelapang padi di Sabah pada tahun ini.
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyenaraikan dua projek melibatkan kos RM51.5 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai langkah mengurangkan banjir di Sarawak.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Pakej 2 Jalan Pintasan dijangka siap 2026
Projek bernilai RM851.04 juta ini akan mengurangkan masa perjalanan dari Bandar Baru Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu daripada 40 minit kepada 10 minit.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.

Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa esok, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah Gaji Minimum baharu akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai esok, menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu
KUSKOP menyediakan bantuan berterusan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu menjelang pelaksanaannya bulan depan.

Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.