Penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos menjangkakan akan ada penyertaan dari golongan bukan Melayu dalam Perhimpunan Baju Merah 2.0 yang akan dianjurkannya susulan penganjuran perhimpunan Bersih 5.
Kedua-dua perhimpunan itu dijangka akan diadakan pada waktu dan tarikh yang sama.
"Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah peserta kali ini akan terdiri daripada kaum Cina.
"Saya sudah berbincang mengenai perkara ini dan mereka bersetuju untuk bersama-sama kita," kata Jamal dalam satu sidang media di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Katanya, Perhimpunan Baju Merah 2.0 itu nanti mensasarkan seramai 300,000 peserta.
"Kami bukan main-main tentang perkara ini.
"Kita lihat sudah banyak kali sebelum ini perhimpunan Bersih diadakan tetapi untuk apa? Tiada manfaat buat rakyat," kata Jamal lagi.
Ditanya sekiranya dia akan mendapatkan permit dari pihak polis berhubung penganjuran perhimpunan tersebut, Jamal menjawab beliau akan menunggu tindakan yang diambil penganjur Bersih terlebih dahulu.
"Sekiranya mereka ikut peraturan, kami pun sama.
"Jika tidak, kami akan ikut juga," kata Jamal.
Pada 3 Ogos lalu Bersih 2.0 mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan aman Bersih 5 untuk mendesak penyelesaian segera terhadap isu yang melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, tarikh, masa, tempat serta bentuk perhimpunan yang akan dibuat masih belum ditetapkan dan akan diumumkan kelak.
Hafiz Marzukhi
Sun Aug 14 2016

JAMAL (tengah): "Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah peserta kali ini akan terdiri daripada kaum Cina. - Foto Astro AWANI
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Tun Dr Mahathir amal politik kebencian - Annuar
Pendekatan politik dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhir-akhir ini bersifatkan politik 'kebencian', kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Bersih 5.0: Polis nafi keluar kenyataan penutupan jalan Sabtu ini
Polis menafikan pihaknya telah mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan jalan untuk memberi laluan kepada perhimpunan Bersih 5.0 di ibu negara Sabtu ini.

UMNO tidak halang sertai Baju Merah tetapi mereka tidak wakili parti - Annuar
Setiap tindak-tanduk peserta himpunan kumpulan itu adalah mewakili pendirian peribadi dan bukan atas kapasiti parti.

Penganjur Bersih 5.0 sengaja tidak ikut peraturan, ingin tarik perhatian - Khalid
Penganjur tersebut mahu menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa kononnya anggota penguatkuasa di negara ini menyekat kebebasan rakyatnya untuk bersuara dan berhimpun.

Jamal hanya 'perang mulut' - KPN Khalid
"Pada saya ia hanyalah 'war of words', jadi terpulang pada anda untuk menerimanya. Tetapi kalau ada laporan, kita akan melihat perkara ini."

Bersih 5.0 sudah terpesong - PAS
PAS memutuskan tidak menyertai Bersih 5.0 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.

Pemimpin kumpulan Baju Merah, Jamal Yunos ditahan di KLIA
Jamal memaklumkan dia ditahan pada pukul 8.30 tadi sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi di sini.

Perhimpunan Baju Merah 2.0 jangkakan penyertaan bukan Melayu - Jamal
Perhimpunan Baju Merah 2.0 menjangkakan akan ada penyertaan dari golongan bukan Melayu.

Gerakan tawar cari stadium untuk penganjur perhimpunan Bersih 5
Pemuda Gerakan hari ini menawarkan bantuan mencari stadium yang sesuai kepada Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5